Beza wang hantaran dan mas kahwin. Jangan keliru!

Wang hantaran dan mas kahwin adalah dua perkara yang berbeza. Namun, masih ramai yang keliru dan ada juga sampai bertekak kerana terlalu banyak duit yang perlu diperuntukkan untuk nikah kahwin.

Biasalah, bila masuk hal wang ringgit memang akan bergaduh dan bertengkar. Masing-masing nak menegakkan pendapat sendiri. Malah lebih mengejutkan, ada sesetengah pendapat yang menganggap kedua-duanya sama wajib disisi agama. Alamak…silap besar tu!

Kredit: Kahwin Mall

Disini kami kongsikan perbezaan antara wang hantaran dan mas kahwin untuk anda yang bakal bernikah. Perkongsian ini bertujuan untuk anda lebih faham dan mengetahui yang mana satu wajib dan yang mana satu adat.

Mas kahwin (Mahar)

Kredit: pesonapengantin.my

Menurut istilah Syara’ ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mas kahwin apabila akad nikahnya sah. Pemberian mas kahwin akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Suami mahupun keluarga tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan isteri.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka. ”(Surah An-Nisaa-Ayat 4)Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari)

Kredit: Jurugambar Perkahwinan

Namun, mas kahwin adalah mengikut negeri. Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, ini bermakna, perkara berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Justeru itu, mas kahwin yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.

Wang hantaran

Kredit: NN Craft & Chocolates

Merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga.
Manakala, wang hantaran pula bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya isteri, ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menyelenggarakan majlis perkahwinan.

Kredit: ditalolita.blogspot.com


Apa yang paling penting, pemberian mas kahwin adalah WAJIB. Manakala pemberian wang hantaran adalah TIDAK WAJIB.
Seperti yang dijelaskan di atas, mas kahwin adalah hak milik isteri sahaja, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya. Kebanyakkannya membeli barang kemas, terpulang kepada kehendak masing-masing.

Secara kesimpulannya, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk meletakkan mas kahwin terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah SAW menggalakkan kita agar mempermudahkan mas kahwin:
“Kebanyakkan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mas kahwin)”

Semoga info ini bermanfaat kepada anda semua!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top