Posted on: July 26, 2019 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Dalam hidup berumah tangga kadangkala masalah antara mertua dan menantu berlaku. Ada terjadi masalah sebegini menjadi punca cerai berai kerana tiada sefahaman atau tolak ansur.

Sebut tentang tolak ansur ianya bukan kepada sebelah pihak sahaja malah wajib sama adil kedua-dua belah pihak, barulah ianya seimbang dan tidak membuatkan salah seorang terasa hati.

Kredit: Tribun Kaltim – Tribunnews.com

Mertua adalah orang tua yang kadang-kadang banyak kerenah dan inginkan perhatian. Sama juga pada si isteri atau suami. Sememangnya membuatkan kita pening kepala. Mana satu yang patut didahulukan. Ibu bapa atau pasangan?

Kebiasaanya, perbalahan sering terjadi antara ibu mertua dan isteri. Ye lah, si ibu tadi berkemungkinan sukar melepaskan anaknya yang kini mempunyai tanggung jawab lain yang biasanya dulu rapat dan sering berkepit dengan ibu tetapi kini dah beristeri. Perkara ini sering berlaku jika si suami tadi adalah ‘anak mak’.

Kredit: baca-muda.blogspot.com

Kethaui tips terbaik bagi si suami hadapi masalah sebegini.

1) Terangkan had dan batas mertua kepada ibu bapa

Setelah selamat dinikahkan, si suami haruslah mengambil pendekatan duduk semeja dengan ibu bapa dan menerangkan bahawa dirinya kini mempunyai tanggung jawab baru iaitu isteri.

Terangkan kepada mereka bahawa ibu bapa tetap menjadi keutamaan namun perlu sama rata dan seiring dengan tanggung jawabnya kepada isteri juga. Beritahu mereka yang anda menghormati dan menyanyangi mereka.

Dalam masa sama, terangkan dengan jelas namun lembut tentang hak hidup berumah tangga dan setakat mana batas-batas mertua agar tiada campur tangan yang merosakkan hubungan suami isteri.

2) Tunjukkan penghargaan anda secara jelas

Si suami harus pandai menunjukkan penghargaan anda kepada ibu bapa dan isteri dengan jelas. Ianya agar tidak membuatkan salah satu pihak berasa hati kerana merasakan mereka kurang dihargai atau melebih-lebihkan satu pihak sahaja.

Suami perlu tahu, perkahwinan adalah amanah. Jika rasa diri tidak mampu nak hadapi dan bersikap adil, itu tanda anda masih belum bersedia menjadi ketua keluarga.

Kredit: ohbulan.com

3) Tetapkan had limit dalam perhubungan

Jangan lupa letakkan limit dalam hubungan. Mertua yang suka campur tangan urusan rumah tangga anak adalah tidak baik. Ianya punca pergaduhan suami isteri.

Paling penting, jangan jadikan ibu bapa sebagai tempat bergantung sekiranya ada masalah dengan pasangan. Belajar hadapi dan tangani masalah sendiri.

4) Didik isteri hormati dan ambil hati mertua

Suami harus mendidik si isteri cara menghormati ibu bapa mertua. Paling utama adlah cara berinteraksi. Jika si isteri sudah biasa bercakap agak keras dengan keluarga isteri, bagitahu isteri ianya tidak sama dengan ibu bapa mertua. Kerana keluarga mertua bukan ahli keluarga sendiri yang faham rentak serta ragam pasangan kita.

Si isteri jangan bersikap kurang ajar jika ada ketidak puasan hati kepada mertua. Hadapi dengan bijak tetapi dalam masa sama masih mereka.

Kredit: islamyca.xnews.date

5) Jangan jadi batu api

Ini paling penting! kebanyakkan rumah tangga musnah bila ada pihak sama ada mertua atau menantu menjadi batu api. Masing-masing tak nak mengalah.

Batu api dan hasad dengki ini lah menjadikan si suami anak derhaka kepada ibu bapa ataupun si suami menjadi baran kepada isteri. Elakkan perangai sebegini untuk kualiti hidup rumah tangga aman bahagia sampai bila-bila.

Leave a Comment