Berperwatakan suka berdikari, Ini sebab lain kenapa anda patut nikahi anak kedua

Dalam adik-beradik kita, masing-masing mempunyai perangai dan keunikkan tersendiri. Misalnya, anak sulung dan anak bongsu selalu dikatakan yang paling manja. Maklum sahajalah, ibu-bapa kita mesti akan bagi perhatian lebih pada mereka.Namun, sifat anak kedua biasanya berbeza daripada yang lain.
Menurut Catherina Salmon, profesor psikologi di Universiti Redland, anak kedua ni ada sifat yang lebih menonjol serta menjadikan mereka lebih unik.

Ha, jadi dalam artikel ini kita nak sembang apakah 5 ciri unik tersebut.
Tak bergantung dengan mak ayah
Kerana kurang masa dihabiskan dengan mak ayah, anak kedua jarang meminta pertolongan daripada mereka. Anak kedua biasanya lebih memilih kawan jika menghadapi sebarang kesukaran.
Pendengar yang baik
Ha! Anak kedua pula boleh menjadi seorang sahabat yang baik kerana selalu menghadapi pelbagai karakter orang. Anda boleh bercerita apa sahaja kepada mereka kerana mereka tahu bagaimana untuk membuat kita berasa selesa bila berada di sampingnya.

Suka cuba benda baru
Oleh sebab anak kedua tak menjadi tumpuan mak atau ayah, jadi mereka dah biasa mencuba sesuatu yang baru dan berdikari. Maka, mereka akan lebih berfikiran terbuka.
Memahami
Menurut Catherine Salmon, apabila anak kedua mendewasa, mereka lebih menghargai kepentingan sesuatu hubungan. Jadi, mereka adalah orang yang paling bahagia dalam cinta.
Boleh berunding
Memiliki keperibadian yang suka bergaul membuatkan anak kedua menjadi seseorang yang pandai berunding. Jadi, sangat sesuailah kalau mereka ini bekerja sebagai pegawai, ahli politik, pelakon, atau pengacara.Ha, agak-agaknya ada tak ciri-ciri di atas melambangkan anda yang anak kedua ni? Kalau ada, untunglah sebab anda mesti bernasib baik dalam perhubungan dan percintaan.