Benarkah punggung jatuh dan lutut hitam petanda tiada dara, mitos atau fakta?

Terdapat golongan lelaki yang sangat mementingkan maruah wanita, sama ada ia masih dara atau tidak kerana wanita tersebut bakal menjadi permaisuri dalam hidupnya.Ada juga lelaki yang tidak kisah akan perkara itu, kerana ia merupakan kisah silam hidup seseorang yang pastinya tidak lagi boleh diubah.


Bagi mengetahui perkara ini, ada beberapa petanda yang boleh dilihat secara fizikal seperti punggung jatuh maka individu itu sudah tidak perawan, jika jalannya mengengkang bermakna individu itu sudah melakukan seks, jika kepala lututnya hitam sudah tidak dara lagi dan bermacam-macam lagi versi teori yang boleh anda dengar.


Persoalannya, adakah ia fakta atau sekadar mitos?


Menurut Dr Amalina Che Bakri, Pakar Pelatih Bedah di Bahagian Surgikal dan Trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England, bentuk fizikal seseorang tidak boleh menentukan sama ada individu tersebut masih dara atau tidak.

Sama ada punggung jatuh, kepala lutut hitam, jalan mengengkang atau apa juga sekalipun dari segi fizikalnya bagi mengatakan individu itu tidak lagi dara adalah satu teori mengarut.


Faktor fizikal tidak boleh menjadi faktor pengukur mengenai keperawanan seseorang individu.
Menurutnya lagi, pecah dara sebelum bernikah tidak bermaksud individu wanita tersebut pernah melakukan hubungan seks.


Ini kerana selaput dara boleh terjejas sekiranya individu wanita tersebut melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, melakukan sebarang aktiviti regangan, berbasikal ataupun memanjat sesuatu.


Umumnya, selaput dara bukanlah satu lapisan yang menutup keseluruhan penuh laluan faraj. Ini kerana sekiranya lapisan tersebut menutup secara penuh permukaan faraj, bagaimana untuk darah haid dan sebarang sisa cecair dari faraj keluar?


Jadi lapisan selaput dara hanya menutup sebahagian saluran pembukaan vagina. Manakala sekiranya ia menutup secara penuh, seseorang individu itu mungkin mengalami penyakit yang dikenali sebagai “Imperforated Hymen”, yang akan menyekat pengeluaran haid serta lendiran vagina.


Jika terdapat individu yang mengalami “Imperforated Hymen”, maka keadaan ini perlu dipulihkan melalui prosedur pembedahan.


Dalam hal yang sama, bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara.


Ini bermakna jika anda menggunakan lapisan ini sebagai penentu sama ada seseorang masih dara atau tidak sudah tentu tidak boleh diterima akal.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart