Bakal suami ‘Anak Mak’? Kenali 8 karakter mereka

Gelaran ‘anak mak’ bagaikan sesuatu yang buruk dan amat ditakuti oleh ramai wanita. Lelaki jenis anak mak dikatakan terlalu manja dan sering berkepit dengan ibu mereka sahaja. Anak mak juga dikatakan sebagai seorang lelaki yang tidak pandai berdikari mahupun membuat keputusan tanpa bantuan mak mereka.

Tapi kalau sudah berkahwin dan si dia terus melebihkan si ibu tanpa sebarang keadilan bagi pihak isteri, bagaimana pula penyelesaiannya.

Apakah pula logiknya bercinta atau berpasangan dengan lelaki yang merupakan “Anak Mak” ini?

Ini Karakter Lelaki “Anak Mak” yang perempuan patut tahu:

  • Sebelum buat keputusan, minta izin dan pendapat ibu dahulu.
  • Keputusan yang dibuat oleh ibunya dianggap paling munasabah.
  • Asyik berkepit dengan ibu, pantang ada masa sikit mesti ada dengan ibunya.
  • Dia akan mengadu semua perkara yang berlaku pada ibunya walaupun cuma perkara kecil.
  • Dia gemar membandingkan kamu dengan ibunya baik dari segi sikap atau perilaku kerana dia menganggap ibunya paling terbaik.
  • Gemar memuji ibunya, bercerita tentang ibunya dihadapan kamu.Umpama petunjuk supaya kamu dapat melayani dia atau menjadi sesempurna ibunya.
  • Kalau ada perkara penting, dia akan mencari ibunya sebelum kamu.
  • Habiskan masa agak lama dengan ibunya.Setiap kali dapat duit lebih seperti gaji atau bonus, kemahuan ibunya ditunaikan dahulu.

Apa pun, jika bakal pasangan hidup anda seorang ‘anak mak’, anda seharusnya tahu bagaimana untuk memancing hatinya sama seperti layanan ibunya.

Belajar bersabar dan tenang. Jangan mudah melatah dalam menghadapi setiap sikap dan ragam bakal pasangan anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart