Perkahwinan buka pintu rezeki. Jangan takut berumah tangga!

Hakikatnya ramai takut berumah tangga hanya kerana alasan tidak mampu. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang serba serbi mahal. Namun, janganlah dirisaukan. Tawakal pada Allah dan disamping itu, berusaha mencari jalan menambah pendapatan. Allah juga telah berjanji, barangsiapa bernikah untuk mengelakkan maksiat, InsyaAllah dipermudahkan jalan rezeki.

Rezeki yang dimaksudkan bukan sahaja rezeki berbentuk wang ringgit semata-mata. Tetapi, pelbagai lagi rezeki lain termasuk rezeki zuriat, rezeki kesihatan, rezeki pekerjaan, rezeki keluarga bahagia dan banyak lagi.

Kredit: https://thahalatef.wordpress.com

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nur ayat 32:

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”.

Dengan siapa kita perlu yakin? Allah atau manusia?

Setiap manusia sudah ditetapkan rezeki masing-masing. Allah juga menjanjikan mereka yang berkahwin di murahkan rezeki.

Tapi bila dah nikah, tak jugak jadi kaya, jangan salahkan Allah.. kerana rezeki yang Allah limpahkan dalam pelbagai bentuk.. mungkin Allah beri kita kesenangan dan kebahagiaan hati yang kekal hingga mati berbanding kesenangan dan kemewahan harta yang hanya sementara didunia..

Janji Allah itu pasti.. dan aku pasti kuat menghadapi ujian-Nya.

Allah akan mencukupkan rezeki mereka yang akan berkahwin.


Tidakkah kita lihat kenyataannya dalam masyarakat, ramai antara mereka yang mulanya miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya? Allah swt. telah berfirman di dalam surah An Nur ayat ke 32 yang bermaksud;


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An Nur : Ayat 32)


Daripada ayat di atas, Allah menyarankan agar kita segera berkahwin jika berkemampuan. Manakala, jika mereka miskin tetapi mahu berkahwin, Allah akan cukupkan dengan memberi rezeki. Ia adalah satu jaminan daripada Allah. Yang penting, kita mesti ada usaha. Insya-Allah, Allah akan membantu dan menolong hamba-Nya yang berada dalam kesusahan.

Selain itu, ada hadis juga daripada Rasulullah yang bermaksud;
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.
(HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart