Bakal pengantin Perak tidak perlu hadiri kursus pra perkahwinan, hanya temuduga sahaja

Bakal pengantin di Perak tidak perlu menghadiri Kursus Pra Perkahwinan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Sebaliknya, masing-masing hanya perlu menghadiri Tatacara Temuduga Khas (TTK) sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memberi kelonggaran itu berikutan kursus terbabit tidak dapat diadakan sepanjang PKP.

Ini adalah kelonggaran yang diberi kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat (ketika PKP) dan belum menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam.

TTK akan berkuat kuasa dan terbatal dengan sendirinya apabila tamat tempoh PKP kelak.


Urusan permohonan untuk temu duga khas itu akan diuruskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Pemohon hendaklah hadir ke PAID untuk mengambil borang permohonan temu duga khas berkenaan.

Perkhidmatan TTK ini adalah percuma tetapi bayaran tunai RM5 dikenakan bagi bagi tujuan pengeluaran Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam.


Selain itu JAIPk juga akan melaksanakan beberapa pendekatan lain termasuk Ujian Kefahaman atas talian, selepas berakhirnya tempoh PKP.

Kursus Pra Perkahwinan secara bersepadu akan disemak semula dan dipertimbangkan pelaksanaannya pasca COVID-19 nanti.

Berkemungkinan kita akan meneruskan pendekatan kursus perkahwinan secara dalam talian bagi memudahkan urusan pasangan yang sebelum ini perlu menghadiri kursus berkenaan untuk tempoh lama.


Setakat ini seramai 262 pasangan di negeri ini sudah menjalani majlis akad nikah mengikut prosedur operasi standard (SOP) selepas diberikan kebenaran oleh JAIPk sejak 22 April lalu.

Sejak Mac lalu perkumpulan orang ramai tidak dibenarkan bagi mengekang penularan COVID-19 termasuk Kursus Pra Perkahwinan Bersepadu.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 Comment
  1. […] Bakal pengantin Perak tidak perlu hadiri kursus pra perkahwinan, hanya temuduga sahaja […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart