Kini Pasangan yang bakal berkahwin dah boleh buat photoshot outdoor walaupun masih PKP

Anda yang bakal berkahwin, sudah tentu inginkan foto dan video untuk merakam detik-detik manis hari paling bersejarah dalam hidup. Bila berlaku PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), banyak perancangan tergendala termasuklah sesi bergambar.

Kini, jurufoto dan juruvideo perkahwinan menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan sektor industri itu beroperasi semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Foto oleh Sweetpictures
Foto oleh Sweetpictures

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pandemik Corona virus atau Covid-19 di Putrajaya baru-baru ini berkata, sektor itu dibenarkan tetapi perlu mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penggambaran hanya boleh dilakukan di luar sahaja seperti di taman tasik ataupun tempat yang bersesuaian bagi lokasi penggambaran yang hanya melibatkan pengantin dan jurufoto serta tidak dibenarkan berhimpun beramai-ramai.

Foto oleh Sweetpictures
Foto oleh Sweetpictures

Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada sesi penggambaran pra-perkahwinan dan akad nikah sahaja tanpa majlis keraian yang melibatkan jumlah perhimpunan yang ramai.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menetapkan pengoperasian semula industri ini selepas mengambil kira ribuan jurufoto perkahwinan yang hilang job sejak PKP dilaksanakan.

Nak gambar cantik, sweet dan awesome? Pilih Sweetpictures. Sweetpictures team ada pakej fotografi dan videografi khas untuk pasangan yang ingin membuat majlis nikah sepanjang tempoh PKPB ini. Apa kata anda whatsApp mereka di SINI atau ke instagram Sweetpictures

Artikel Pilihan:
Bakal pengantin Perak tidak perlu hadiri kursus pra perkahwinan, hanya temuduga sahaja

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top