Apakah jenis barang yang sesuai dibuat hantaran? Jom lihat senarai ini…

Kami kongsi dengan semua mengenai barangan yang boleh dibuat hantaran. Senarai ini agak panjang dan sesuai untuk Majlis Pernikahan.

Anda boleh pilih yang mana sesuai dengan personaliti dan bajet masing-masing.

Pemberian selalunya dalam nombor ganjil – 5,7,9 dan selanjutnya. Pihak perempuan akan memberi lebih dua dulang. Contoh pemberian pihak lelaki sebnyak 5 dulang akan dibalas dengan 7 dulang oleh pihak perempuan.

Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan :

1. Mas kahwin/Duit Hantaran
2. Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
3. Tepak sirih
4. Al-Quran Biasa/Digital
5. Sejadah
6. Potpourri/Bunga Rampai
7. Jam tangan
8. Kasut
9. Telekung
10. Beg Tangan
11. Set Wangian /Barang mekap
12. Buah-buahan
13. Kek/Kek Cawan/ Coklat
14. Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki :

1. Sirih Junjung
2. Kemeja/Seluar
3. Beg duit/Tali Pinggang
4. Al-Quran Biasa/Digital
5. Sejadah
6. Jam Tangan
7. Set Minyak Wangi /Barangan mandi
8. Kasut
9. Buah-buahan
10. Kek
11. Agar-agar
12. Coklat
13. Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Semoga senarai ini akan membantu bakal pengantin semua.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart