Posted on: March 6, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Perkahwinan adalah fitrah kejadian manusia. Ianya adalah jalinan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Ini bersesuaian dengan konsep penciptaan manusia yang dijadikan Allah swt agar berpasang-pasangan.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”

Konsep ciptaan begini membuktikan keseimbangan alam semesta yang dicipta-Nya dan dalam pemeliharaan-Nya. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Kami kongsikan 4 perkara sunat dilakukan selepas akad nikah.

1) Solat sunat selepas akad nikah

Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.

Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.Membaca doa selepas salam.

2) Sujud syukur

Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala” Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.

Sujud sebanyak 1 kali. Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat. Memberi salam.

3) Suami letakkan tapak tangan di ubun-ubun isteri sambil membaca doa

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4) Isteri bersalaman dengan suami dan mengucap 2 kalimah syahadah

Akhir sekali, si isteri sunat bersalaman sambil mencium tangan si suami sambil mengucapkan dua kalimah syahadah. Ini sebagai tanda hormat dan kasih sayang kepada suami iaitu ketua keluarga.

Semoga 4 perkara sunat ini bermanfaat kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Jangan lupa share kepada bakal pasangan anda!.

Leave a Comment