Dari sukan ke jinjang pelamin, atlet olahraga suri hati peninju negara

Kalau dah jodoh tak kemana…

Atlet olahraga negara, Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki atau dikenali sebagai Kak Ya telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya.


Atlet berusia 23 tahun itu berkongsi berita gembiranya di akaun Instagram miliknya. Beliau telah menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumah tangga bersama peninju negara, Arfiqanie Ahmad Anshori, 23.

Kak ya dikenali sebagai atlet sukan lompat kijang, dan Arfiqanie pula adalah atlet sukan tinju. Pasangan atlet ini mula mengenali sejak tahun 2013, dan ketika itu mereka hanyalah sekadar kawan.

Ditanya mengenai detik cinta mula berputik, Arfiqanie memberitahu sudah mula menyimpan perasaan terhadapa Kak ya sejak mula mengenalinya dalam arena sukan. Setelah mengetahui kak ya masih single, beliau terus menggunakan peluang itu untuk mengurat isterinya habis-habisan.

So sweet kan…

Kalau dah jodoh tidak kemana, begitulah yang dapat diungkapkan dengan pasangan atlet kebangsaan iaitu Nadia Zuki dan Arfiqanie, yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan.

Nadia Zuki , adalah atlet sukan lompat kijang, dan Arfiqanie pula adalah atlet sukan tinju. Pasangan atlet ini mula mengenali sejak tahun 2013, dan ketika mereka hanyalah sekadar kawan.

Kak Ya single jer terus mengorat habis-habisan

Alhamdulillah… kini suami isteri yang sah

Bercerita sedikit mengenai detik-detik di awal percintaan mereka, Nadia sudah mengetahui bahawa Arfiqanie telah menaruh perasaan terhadapnya, namun ketika dia tidak terlintas untuk menjalin hubungan istimewa.

Jodoh mereka kuat, tahun 2018 adalah permulaan kisah cinta mereka, selepas mendapat tahu bahawa Nadia telah putus cinta. Peninju kebangsaan itu sedaya upaya untuk memikat hati atlet lompat kijang tersebut.

Tidak mahu menunggu lagi, Arfiqanie tekad menghubungi kedua ibu bapa Nadia untuk melamarnya menjadi suri di hati. Berkat penantian selama 6 tahun, akhirnya baru-baru ini mereka diijabkabulkan sebaga suami isteri.

Tahniah diucapkan semoga mahligai yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Sumber : Nadia Zuki , Arfiqanie & SweetPictures

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart