7 Jenis pilihan dulang hantaran yang automatik buat barang hantaran nampak mewah

Dalam majlis pertunangan atau perkahwinan telah menjadi adat dan tradisi orang melayu menggunakan hantaran untuk kedua-dua pengantin sejak turun temurun lagi.


Hantaran ini seakan-akan menjadi kewajiban bagi majlis pertunangan atau perkahwinan yang bakal diraikan bagi kedua-dua pasangan.


Hantaran yang digubah dan dibuat semestinya mempunyai bekas tapak untuk diletakkan barang hantaran. Kebiasaannya barang-barang hantaran yang tersedia akan diletakkan di dalam dulang atau tapak yang dinamakan sebagai dulang hantaran.

Apa Itu Dulang Hantaran?

Dulang hantaran ialah bekas atau tapak untuk meletakkan barang-barang hantaran perkahwinan atau pertunangan untuk diberi kepada pasangan.
Kebiasaannya dulang hantaran ini mempunyai pelbagai jenis dulang mengikut tema atau kesesuaian sesuatu majlis perkahwinan itu. Ada yang meminati dengan design berkonsepkan moden, simple, ekslusif, inggeris atau tradisional dan macam-macam jenis lagi.


Pasangan pengantin biasanya akan memilih mengikut tema yang telah mereka rancang dengan mengikut warna, saiz yang bersesuaian dengan dulang tersebut. Tidak susah pun nak buat dulang hantaran, ianya cuma memakan sedikit masa sahaja.

Jika individu yang kreatif, mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk menggubah dulang hantaran, ini kerana ianya telah pun dirancang mengikut tema yang diidamkan pada hari bahagia yang dinanti-nantikan.
Sudah pasti bakal mempelai inginkan yang terbaik dalam majlis yang bakal diraikan untuk nampak lebih meriah, anggun dan menarik.

Di sini kami ingin kongsikan 7 jenis dulang hantaran yang boleh anda pilih pada hari bahagia persandingan anda.

Jenis-Jenis Dulang Hantaran Yang Popular

1. Tradisional

Pada zaman kini, ramai yang sukakan akan konsep yang berkaitan dengan tradisional. Ianya merupakan konsep keaslian kemelayuan dan tradisi orang melayu kita sejak zaman dahulu lagi. Biasanya, jika pasangan memilih konsep tradisional ini akan memilih warna dan tema emas diraja, ungu atau hijau gelap kerana ianya bersesuaian dengan konsep keaslian orang melayu ini.


Justeru itu, bagi bersesuaian dengan konsep keaslian ini, untuk menggubah dulang hantaran juga memainkan peranan dalam menuruti tema yang telah dipilih agar bersesuaian dengan konsep “Melayu Asli”. Contohnya seperti dulang hantaran yang digunakan dengan menggunakan penampi.

Lazimnya, penampi ini digunakan untuk menampi beras sebelum dimasak oleh orang terdahulu. Tetapi, sekarang ini telah diubah dijadikan sebagai dulang hantaran kerana lebih sesuai dengan simbolik “Melayu Asli” bagi tradisi orang melayu kita sendiri.


Dengan menggunakan tampi, penampakannya sangatlah unik lebih-lebih lagi dihiasi bersama bunga ros dan bunga hydrangea di atas dulang, disimpulkan pula dengan reben kecil dan disaluti bunga lavender agar nampak lebih terpesona dipandangan mata orang ramai. Untuk menyerikan lagi kemodenan dan keaslian tradisional, hiasan dulang ditambah bersama tepak sirih tradisional, bunga paha yang digubah bentuk esklusif dan bunga hidup supaya seakan-akan nampak lebih segar.

2. Moden (Terrarium)


Konsep moden menggunakan terrarium nampak lebih gah dan mahal. Dikelilingi pula bunga-bunga yang berwarna warni menyifatkan seperti di Taman Bunga yang sedang kembang mekar. Bunga ros purple yang membawa maksud cinta pandang pertama, cinta yang ikhlas antara pasangan pengantin diserikan lagi dengan bunga kekwa yang bermaksud kejujuran dan kesetiaan sang mempelai bersama yang tercinta dan saling cinta mencintai.


Disaluti juga bunga lavender yang bermaksud menghargai antara satu sama lain. Dengan menggunakan terrarium, dan meletakkan kotak berserta cincin di dalamnya ini bermaksud ikatan sebuah cinta yang bersemi untuk kekal selamanya. Cincin yang akan disarungkan di jari manis sang mempelai maka termeterailah sebuah janji di bawah payung keikhlasan untuk bercinta hingga ke syurga.

3. Hidden Hantaran


Tidak asing lagi hidden hantaran telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Tapi kini telah menjadi trend semula pada zaman ini kerana kebanyakan mereka lebih mahukan privasi dan merahsiakan barang-barang hantaran yang akan diberikan kepada pasangan masing-masing.


Dengan menggunakan hidden hantaran ini ianya lebih mudah kerja dan senang tidak perlu gubahan tambahan dan tidak perlu lagi memikirkan cara untuk mendekorasinya.

Ianya hanya perlu diikat simpul bentuk reben agar kelihatan kemas atau simpulan lain mengikut kreativiti masing-masing. Konsep hidden ini hanya menggunakan kain satin, chiffon, organza.


Atau untuk menampakkan lebih menarik dan paling rare sekali, ia juga boleh menggunakan kain batik. Ini akan lebih terserlah tanda simbolik ketulenan orang melayu tradisional asli kita.

4. Kotak Kayu/Pallet


Jika sang pengantin menginginkan perkahwinan yang nampak simple atau ala-ala “garden”, dengan menggunakan kotak kayu / pallet ianya akan lebih kelihatan tampak hipster. Kotak kayu itu dialasi pula bersama grass carpet, bunga tangkai, poliform.


Poliform diletakkan di ruang dalam kotak itu agar barang yang akan dimuat masuk nampak tinggi dan kemas sekali. Selain itu, gubahan kayu pallet ini akan menampakkan lagi seni ketulenan kayu yang juga simbolik kekuatan. Selain itu, gubahan kayu pallet ini lebih menggambarkan ciri-ciri alam semulajadi.

Kayu yang diperbuat daripada pokok boleh diadaptasikan sebagai reka bentuk dulang gubahan untuk barang-barang hantaran pengantin.

5. Tray


Untuk tampak kreatif dan inginkan sedikit kelainan. Terdapat banyak jenis dulang hantaran yang menggunakan tray. Dulang ini dikombinasikan dengan pelbagai jenis bentuk-bentuk yang berlainan seperti crystal tray, tray bulat, tray yang berbentuk transparent, tray besi bunga dan juga dulang perak.


Selalunya bagi pasangan yang menggubah untuk dulang hantaran pertunangan, akan menggunakan tray bulat. Ini kerana tray bulat mudah untuk diletakkan makanan-makanan seperti manisan coklat-coklat, buah-buahan anggur dan barang keperluan lain. Tray besi bunga juga adakalanya menjadi pilihan hati bagi pihak perempuan untuk gubah hantaran tersebut.

6. Dulang Bakul Rotan


Dulang bakul rotan ianya lebih mudah dibawa dan dipegang untuk membawa barang-barang hantaran. Bakul rotan mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian barangan hantaran yang hendak diberi kepada pasangan anda. Kini, sang mempelai bebas untuk memilih jenis bakul rotan yang berbeza-beza bentuknya mengikut citarasa masing-masing.


Ada yang sukakan akan bakul yang lebar, ada pula yang sukakan bakul bulat kecil yang mempunyai tangkai dan ramai juga memilih bakul yang bersegi empat kerana besar dan lebar lebih muat untuk diletakkan barangan.

Bakul rotan ini lebih cantik dengan disaluti reben-reben pada tangkainya kemudian diletakkan bunga ros dan hydrangea di setiap bakul itu. Ini akan menampakkan manis dipandangan mata orang.

7. Box Kaca


Sudah pasti box kaca menjadi pilihan hati bagi yang mengambil konsep inggeris kerana dengan penampakannya yang ekslusif dan mahal pada kaca itu lebih tertawan hati masing-masing untuk memilihnya.


Kebanyakan orang yang memilih box kaca biasanya yang mempunyai bajet yang berlebihan, mampu dan mahukan keserian lutsinar dipandangan mata orang. Box kaca juga boleh diselitkan bunga-bunga ros kecil berwarna merah atau ungu tanda cinta berputik pandang pertama.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top