Tips cara ukur dan resize cincin kahwin dan tunang

Bila sebut tentang merisik, bertunang atau menikah, mesti semua orang akan berfikir tentang cincin terlebih dahulu kan! Ini kerana cincin menjadi lambang sesuatu ikatan atau hubungan yang serius seperti hubungan tunang, merisik dan nikah. Cincin selalunya disarung di jari manis. Ia merupakan simbolik suatu hubungan dan menjadi adat di seluruh dunia.


Ia juga merupakan bahan perhiasan yang sering dipakai oleh kaum wanita. Akan tetapi, bukan wanita sahaja boleh pakai cincin, malah kaum lelaki juga boleh memakainya. Mengikut adat majlis pertunangan melayu, bakal mak mertua yang akan menyarungkan cincin kepada si perempuan, bakal menantunya itu. Bagi majlis pernikahan pula, si wanita dan si lelaki akan saling sarung menyarungkan cincin di jari manis masing-masing tanda sudah menjadi ikatan suami isteri yang sah.


Orang-orang dahulu kata, kalau hendak tahu saiz jari pasangan atau calon isteri, ukuran jari manisnya sama dengan jari kelingking si lelaki, tapi pendapat itu dah tak boleh pakai lagi. Itu Cuma ramalan sahaja, apa yang penting sekali, sebelum membeli cincin untuk diri atau pasangan anda, jangan lupa untuk tahu saiz jari dahulu! Jadi, anda perlu tahu bagaimana nak pilih saiz yang betul sebelum membeli cincin supay ia muat dan selesa dipakai.

SONY DSC

Cara Ukur Cincin Lelaki & Perempuan

Sebelum anda ingin membeli cincin pastikan anda tahu dahulu saiz jari pasangan anda. Jika saiz tidak sesuai, ini boleh menyebabkan cincin tersebut longgar atau rasa tidak selesa dan rimas semasa dipakai.


Selalunya kedai emas mempunyai alat khas yang mereka gunakan untuk mengukur jari pelanggan mereka. Tapi jika anda ingin mengukur size cincin sendiri di rumah pun boleh. Lagi mudah jika ukur sendiri untuk dapat saiz yang tepat. Pertama sekali, sebelum ukur anda perlu beberapa barang di bawah ini:


  • Kertas
  • Pen
  • Pembaris
  • Gunting

4 Langkah Mengukur Size Jari Dirumah

Langkah Pertama: ambil kertas dan gunting sedikit dalam anggaran sejengkal untuk ukur pada jari.

Langkah Kedua: lilitkan kertas itu pada jari, pastikan lilitan pada jari tidak terlalu ketat dan tidak longgar juga ya!Adjust lilitan kertas itu sebaiknya sehingga anda selesa. Kemudian anda tandakan titik pangkal bertemu hujung ditandakan dengan pen. Sebaiknya ada teman membantu semasa anda ingin ukur jari anda supaya dapat dibuat dengan lebih tepat dan tidak tersilap tanda atau ukur.

Langkah Ketiga: Setelah siap ditanda, bukakan lilitan dijari tadi, dan luruskan kertas yang sudah ditanda tadi dan ukur dengan pembaris. Ukuran mestilah dibuat di dalam “mm”.Langkah Keempat: apabila sudah tahu jumlah ukuran jari anda, maka anda boleh rujuk carta di bawah untuk tahu saiz sebenar anda.


Cara Ukur Cincin Kahwin


Akhir sekali, setelah anda sudah dapat ukuran jari tersebut, sebaiknya ulanglah ukur jari anda itu sebanyak 3 atau 4 kali supaya dapat ukuran yang tepat. Ambil ukuran terakhir yang paling dekat pada carta saiz cincin untuk cari saiz cincin anda. Apabila sudah yakin, barulah anda boleh membeli cincin kepada si dia yang tercinta itu ya!


Tips Ukur Cincin Kahwin

Sebelum membeli cincin kepada bakal pasangan anda, sebaiknya anda ambil tahu ukuran saiz di jarinya itu. Ini untuk mengelekkan dari cincin tersebut tidak muat atau terlalu longgar.


Oleh itu adalah Lebih baik jika anda mendapat ukuran jari pasangan anda terlebih dahulu! Disini kami senaraikan beberapa tips yang boleh dikongsikan untuk ukur cincin lelaki dan perempuan.

Minta Pertolongan Ahli Keluarga & Sahabat Baik

Tips pertama, seeloknya tanya terus saiz jari pasangan anda itu. Itu lagi senang untuk membeli terus cincin idaman itu dan pilih yang bersesuaian dengannya. Namun begitu, jika nak buat surprise untuk pasangan, tapi tidak tahu saiz jarinya, anda perlu minta tolong rakan atau keluarganya untuk memberitahu ukuran saiz jari si dia yang tercinta itu! Bantuan mereka dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat lamaran surprise pada si dia yang tercinta.


Gunakan Ukuran Cincin Yang Sedia Ada

Alternatif lain untuk mendapat ukuran yang tepat adalah dengan mengukur cincin yang sedia ada. Maksudnya, cincin perhiasan yang anda sering pakai. Dengan cara ini, lagi mudah untuk kenal pasti saiz kerana anda memang sudah sedia tahu cincin yang selesa dan muat dipakai tu. Pastikan anda mengukur diameter (mm) dalaman cincin tersebut.


Pilih Size Yang Selesa

Cincin mestilah yang sesuai dengan jari dan selesa, jangan terlalu ketat dan jangan pula terlalu longgar yang boleh menyebabkan cincin luncur jatuh. Namun begitu, apabila buku jari lebih besar daripada pangkal jari, ukur kedua-dua tempat dan pilih saiz di antara keduanya.


Ukur Jari Pada Waktu Yang Betul

Tips seterusnya pula, ukurlah jari anda pada penghujung hari, kerana waktu itu jari sedang mengembang. Saiz jari boleh berubah-ubah bergantung pada faktor masa dan cuaca. Elakkan dari mengambil ukuran pada waktu siang ataupun semasa cuaca sedang sejuk kerana jari kita akan mengecut pada waktu tersebut. Ini boleh menyebabkan anda tidak dapat saiz tepat kerana faktor sejuk mengakibatkan jari menjadi kecil. Di samping itu pastikan jari anda kering semasa membuat ukuran.


Ukur Lebih Daripada Sekali

Dan tips terakhir, ukurlah sebanyak mungkin sebelum membeli cincin supaya dapat ukuran yang tepat! Pastikan ukuran yang sama.


Cara Baca Ukuran Cincin Saiz Malaysia & Universal (US/UK/Asian)

Di Malaysia, kebanyakan orang membeli cincin dengan mengikut saiz ukuran Asian. Saiz Asian yang dijual bermula dari saiz 1-30, tetapi ia biasanya dijual dengan saiz 6-25.

Contoh perbezaan saiz Asian atau saiz US adalah seperti berikut, contohnya bagi diameter cincin 14.1mm, maka saiz asian adalah 6 tetapi saiz US pula adalah 3. Bagi diameter 14.5mm pula untuk ukuran asian adalah 7 dan ukuran saiz US adalah 3 ½. Jadi ukurannya tidak sama sekali. Akan tetapi, kita boleh bandingkan pula dengan saiz UK, saiz UK jauh berbeza kerana ukuranya dalam bentuk huruf! Sebagai contoh diameter cincin adalah 14.9, maka saiz Asian adalah 8, manakala saiz US adalah 4 dan saiz UK pula adalah H ½.


Disini saya beri contoh jenis situasi untuk membeli cincin. Contohnya, Jika anda menyatakan kepada penjual untuk membeli cincin emas saiz 9, tapi saiz 9 itu adalah ukuran saiz US, maka anda akan dapat cincin saiz yang salah dan tidak ngam dengan jari, kerana cincin emas itu merupakan saiz Asian dan bukan saiz US. Walhal saiz Asian anda adalah lain.


Oleh itu sebelum membeli cincin, pastikan ukur sebetulnya dan pastikan jenis ukuran apa yang digunakan. Samada ukuran saiz Asian, UK atau US. Baca dengan teliti rujukan carta ini, bagi memudahkan anda untuk membeli cincin yang sesuai dengan saiz kekasih anda nanti.

Bagi saiz cincin standard, setiap saiz perlu naikkan kepada 0.4milimeter(mm). Sebagai contoh, bermula dengan saiz 3 iaitu bersamaan 14.1mm, bagi saiz 3.5 bersamaan dengan 14.5mm dan begitu lah seterusnya. Namun begitu, bagi ukuran saiz cincin wanita, kebiasaannya adalah saiz 6, iaitu bersamaan dengan 16.5mm. Contoh saiz lain iaitu 6.5 bersamaan dengan 16.9mm dan saiz 7 pula bersamaan dengan 17.3mm.
Bagi ukuran cincin saiz lelaki pula, saiz umum bagi lelaki adalah saiz 10. Namun begitu, saiz 10 bersamaan dengan 19.8mm,untuk saiz 10.5 pula bersamaan dengan 20.2mm dan saiz 11 adalah bersamaan dengan 20.6mm.


Cara Resize Cincin (Kecil/Besar)

Setelah sudah mencari cincin untuk pasangan hati, tiba-tiba sahaja dilihat cincin tidak ngam dengan jari! Bertambah pening lagi apabila majlis dah nak dekat tapi cincin yang tersergam indah ini tidak muat pula kerana saiznya tak ngam di jari!


Masaalah seperti ini banyak berlaku, lagi-lagi pada pengantin perempuan, ini kerana faktor diet! Kebiasaannya apabila mahu berkahwin, perempuan selalunya akan jaga badan dan diet. Jadi, apabila mereka berdiet, maka berat badan akan menurun dan jari juga akan mengecil. Lebih-lebih lagi jika beli cincin terlalu awal.

Faktor berat badan naik juga boleh mempengaruhi jari. Apabila berat naik mendadak, maka jari juga akan turut sama mengembang. Kalau jadi hal sebegini, cincin tersebut perlu diubah suai semula mengikut jari supaya tidak luncur atau jatuh apabila disarungkan nanti.


Jadi bagaimana cara untuk resize cincin itu menjadi kecil atau besar?

Di sini ada beberapa langkah yang kebanyakan orang lakukan.
Jika anda membeli cincin tersebut daripada kedai emas tempatan, dinasihati supaya anda kembali semula ke kedai tersebut membawa pasangan anda supaya mereka boleh mendapat ukuran jari yang tepat.
Boleh dikatakan semua kedai emas mempunyai kepakaran dan peralatan untuk resize cincin. Kerana anda mebeli cincin di kedai itu ada kemungkinan mereka akan resize cincin tersebut secara percuma atau dikenakan bayaran sedikit jika mereka perla menambah emas kepada cincin tersebut.


Jika anda ingin mengubah saiz cincin ini sendiri, anda cuma perlukan bahan-bahan tertentu sahaja. Cara pertama adalah menggunakan ring adjuster. Ring Adjuster akan membuatkan cincin kemas dan kosnya juga tidak tinggi.

Bagi kes jari kembang dan ingin besarkan saiz cincin pula, jika buat secara sendiri, bahan yang digunakan adalah palu kayu.

Ketuk cincin secara lembut dengan palu kayu supaya cincin itu dapat dibesarkan sedikit. Jangan ketuk terlalu kuat kerana akan menyebabkan cincin itu menjadi rosak.


Bagi cincin yang berbatu permata, proses resizing agak rumit dan mengambil masa yang lebih lama. Ini kerana proses pencantuman semula cincin untuk dikecilkan akan terganggu jika ada batu permata tersebut. Oleh itu, batu itu perlu diangkat terlebih dahulu sebelum ukuran cincin itu diubah. Akan tetapi, apabila batu permata ini tidak boleh diangkat, proses resizing cincin boleh mengakibatkan kerosakan pada batu permata terutamanya cincin yang dibuat daripada perak, palladium dan platinum.
Dalam situasi ini anda dinasihati untuk membuat resizing di kedai emas untuk mengelakkan daripada berlaku apa-apa kerosakan kekal kepada cincin tersebut.


Apa Akan Terjadi Jika Kita Resize Cincin?

Cincin yang telah diubah saiz asalnya memang akan berlakunya perubahan samada ketara atau tidak, ia bergantung pada jenis cincin dan saiznya. Adakah cincin berbatu atau cincin biasa yang tiada batu?


Kebiasaannya cincin berbatu amat sukar untuk diubah kerana risikonya boleh membuatkan batu rosak. Tapi ia tengok pada keadaan juga.
Namun begitu, kesannya apabila cincin diubah saiznya, akan menyebabkan berat dan elemen dalam cincin itu berubah. Ini kerana proses resize cincin memerlukan tambahan logam atau mengeluarkan sejumlah kecil logam.

Ada kemungkinan cincin yang telah diubai suai itu menjadi lagi nipis atau tebal. Walaupun anda mungkin merasa sedikit perubahan semasa memakai cincin yang telah diresize, tetapi anda tidak perlu risau kerana perubahan ini tidak dapat dilihat orang lain kerana saiznya agak kecil. Tambahan lagi, cincin ini akan dibersihkan dan dikilatkan semula sebelum dipulangkan kepada anda menjadikannya lebih cantik dan tampak bergaya.


Semoga dengan perkongsian cara ukur cincin ini dapat membantu bakal mempelai untuk membeli cincin yang sesuai. Didoakan semoga dipermudahkan urusan anda untuk melamar atau menikahi si dia tercinta itu. Semoga hubungan anda berbahagia till jannah! Aminnn

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top