5 fakta wanita ‘plus size’ perlu tahu untuk nampak cantik dan vogue

Siapa yang masih berpendapat wanita “plus size” tidak boleh bergaya, “you are so lame! Because beauty comes in different shapes and size.”Jika anda seorang wanita “plus size” persetankan tentang kata-kata negatif orang sekeliling.


Ini fakta sebenarnya yang perlu anda tahu:


1. Jangan musuhi warna putih


Menurut Penata Gaya Selebriti popular, Susan Moses, kata kunci untuk memilih pakaian yang nampak “flattering” tertakluk pada ukuran yang tepat, bukan warna.

Ini bermakna, putih tidak semestinya buat anda kelihatan besar asalkan bijak memilih potongan yang betul.

2.“Be bold with bright colors”


Jangan takut untuk mengayakan pakaian berwarna terang asalkan ianya menyerlahkan warna kulit anda.
Padam memori yang mengatakan warna merah, jingga dan kuning membuatkan tubuh kelihatan lebih melebar.

Sama prinsipnya dengan warna putih, potongan pakaian yang perlu tepat.

3. Perincian bukan dosa fesyen!


Untuk menyokong penyataan di atas, anda harus tahu perincian yang bagaimana layak untuk digayakan.
Perincian yang berlebihan seperti memakai rantai leher besa dan sarat memang bukan idea yang baik. Begitu juga dengan ropol berlebihan.


Sebaliknya, pilihlah baju dengan ropol minimal atau perincian manik ringkas sahaja.

4. Kemeja “button-down” bukan masalah

Hakikatnya kemeja “button-down” akan menyerlahkan potongan badan tanpa perlu berusaha.

Untuk impak lebih berkesan, lapisi dengan “blazer”, jaket atau kardigan yang dengan secara automatiknya akan memberi visual lebih kurus dan langsing.

5. “Trend” terkini juga boleh digayakan


Jika teringin menggayakan “trend” terbaru, silakan. Helahnya mudah, hanya pastikan potongan pakaian berkenaan ideal dengan bentuk badan anda.


Jika skirt berpotongan kembang, pastikan ia dipadankan dengan blaus yang mengikut bentuk badan.
Selain itu, boleh juga padankan dengan aksesori yang menimbulkan ilusi langsing.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart