“Saya minta maaf, baju ini hanya untuk iklan kanta lekap”

Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang sering berkongsi video dan foto di media sosial. Bukan itu saja, dia juga gemar menggayakan pelbagai busana kebudayaan beserta assesori lengkap. Terbaru, penggayaan busana penuh sari lehenga yang dikenakan Mira Filzah ‘ditegur’ individu bangsa India.


Teguran tersebut mendakwa Mira Filzah berbusana sari lehenga untuk mendapatkan keuntungan. Bagaimanapun, pelakon itu dilihat memohon maaf kepada individu tersebut di atas ‘teguran’ yang diberikan.

Teguran yang disampaikan individu berbangsa India ini adalah tidak berniat untuk mengasingkan budaya. Tidak menjadi masalah untuk mana-mana individu mengayakan busana India selagi tidak menggunakannya bagi mendapatkan keuntungan sendiri.

Mira Filzah menerusi laman Twitter miliknya memberi respon terhadap tweet berkenaan dengan memohon maaf sekiranya dia telah melakukan kesalahan. Dia mengakui dibesarkan dengan filem dan lagu-lagu Bollywood dan meminati sejak kecil lagi. Bukan itu sahaja, dia juga mampu untuk ingat semua lirik lagu Bollywood tanpa bantuan di internet.


Tambahan, dia juga mempunyai angan-angan untuk memakai kelengkapan busana penuh sari lehenga seperti Madhuri Dixit dan Aishwarya Rai.


Sejak dia ditawarkan penggambaran bagi produk kanta lekap, dia sudah terbayangkan sepasang mata Aishwarya Rai dan mencadangkan tema Bollywood sebagai konsep.

Bagaimanapun, dia sangat teruja dapat memakai busana lengkap lehenga beserta aksesori untuk penggambaran tersebut. Tambahan, dia tidak berniat untuk mendapatkan keuntungan dari mempromosikan budaya India.

Mira Filzah sekali lagi memohon maaf sekiranya tindakan tersebut adalah salah. Dia menghormati dan mencintai budaya India.

Setelah Mira Filzah memberi penjelasan mengenai pemilihan busana India dalam satu projek yang telah dijalankan, individu tersebut sekali lagi memberi respon terhadap kenyataan pelakon itu.


Individu ini bagaimanapun berterima kasih atas permohonan maaf dari Mira Filzah dan mengerti pelakon itu tidak mempunyai sebarang niat buruk. Dia juga meminta maaf sekiranya tweet sebelum ini menimbulkan kebencian.


Malah, dia turut mencadangkan supaya mengambil beberapa orang model berbangsa India untuk projek yang akan datang dan mengetengahkan budaya India. Atau boleh mendapatkan busana dari kedai-kedai milik India.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart