Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami

Tertarik dengan susun kata Prof Muhaya :

“Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Dan manusia mampu berubah menjadi warna dirinya yang sebenar sekelip mata selepas kahwin.


Kasihan.

Parasnya cantik. Dijaga baik oleh ibu dan bapanya. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. SALAH MEMILIH SUAMI. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga..”

Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Selidik latar belakang, biar tak kaya janji akhlaknya baik. Biar tak kacak, janji pandai menjaga maruah diri seorang bakal khalifah.


Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat 5 waktu atau solat pun diakhir waktu, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia, untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?

Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu.


Jika suami merasa isterinya biadap, sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu. Cermin diri dan akhlak sebagai seorang khalifah dan pemimpin keluarga.


Amat jarang membaca kisah isteri yang derhaka terhadap suami yang melayan isterinya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang. Jadi, lihat cermin dan tanya diri, adakah kamu layak dihormati sebagai suami atau bapa?

“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah..”


In Sha Allah… 

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart