Tutorial DIY bunga telur jimat kos

Tradisi memberi bunga telur kepada tetamu dalam majlis perkahwinan semestinya menjadi sinonim dalam budaya orang melayu.

Pemberian bunga telur pada majlis perkahwinan orang Melayu dikatakan sebagai simbol kesuburan. Tetamu yang menerima, diharapkan akan bersama-sama mendoakan pasangan pengantin dikurniakan zuriat, memandangkan kehidupan manusia bermula daripada persenyawaan benih telur.

Kredit: picgra.com


Kira-kira sedekad yang lalu, majlis kenduri kahwin masih mengutamakan tradisi membeli beratus-ratus telur ayam untuk direbus di dalam periuk besar dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada tetamu.


Acara merebus telur ini juga ditetapkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum majlis kenduri kahwin. Anggota keluarga, jiran dan kawan-kawan bakal pengantin akan duduk beramai-ramai bergotong-royong mengisi telur ke dalam bekas.


Sebanyak 90 hingga 150 biji telur rebus biasanya akan diasingkan untuk dipasang pada bunga telur bertangkai yang disusun menjadi bunga pahar yang, diletakkan di sebelah kiri dan kanan pelamin. Sepohon bunga pahar lagi akan mengiringi barang hantaran untuk pasangan mempelai pada hari bertandang.

Kredit: siraplimau.com

Zaman sekarang semua benda dah naik harga. Jadi terpulang pada kita sendiri bagaimana nak mengurangkan kos tetapi masih tidak meninggalkan adat budaya. Ya lah..jika bukan kita yang menjaga dan memelihara adat resam, siapa lagi kan?

Oleh itu, kami kongsikan cara DIY bunga telur bagi anda yang ingin ‘cut cost’ belanja kenduri nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Crepe Paper 
2. Reben (Potong agak-agak 8 inci, buat reben dan ikat dawai kat tengah-tengah)
3. Kain Net/Sarung telur 
4. White tape
5. Dawai
6. Lidi satay
7. Gunting dan pisau


Langkah 1: bentangkan crepe paper. Then lipat dua, lipat lagi sekali dan lipat lagi. Dapatkan 8 bahagian kemudian potong dengan pisau. Lepas tu susun crepe paper ni lagi dan lipat jadikan 3 bahagian. Potong sekali lagi. So sekarang dah dapat 24 keping crepe paper bersaiz segiempat sama macam gambar di bawah.

Langkah 2: Ambil 7 keping selang seli antara crepe paper pink dan purple. Susun-susun dan lipatkan macam bentuk kipas.

Kemudian, ikatkan dawai ditengah-tengah. Potong bucu tepi-tepi tu sikit.


Langkah 3: Perlahan lahan tarik kelopak satu demi satu agar tidak koyak.


Langkah 4: Letak bunga crepe tadi kat hujung lidi dan lilit dengan white tape. Letak riben-riben yang dah diikat dengan dawai dan lilit lagi. Lepastu letak kain net dan lilit.

Tadaaaa….dah siap

sumber: sikucinghitam.blogspot.com

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart