Tanda-tanda si dia sudah mula jatuh cinta pada anda

Tanda-tanda si dia sudah mula jatuh cinta pada anda

Kadang-kadang dari kerana mata turun ke hati dan mulalah terbit rasa cinta. Ewah..berbunga-bunga rasanya.

Biasanya bila bercakap soal cinta pasti si perempuan akan malu-malu. Lebih-lebih lagi bila nak meluahkan yang dirinya telah mula jatuh cinta pada si jejaka. Pasti si perempuan akan mengharapkan si jejaka yang memulakan langkah meluahkan perasaanya terlebih dahulu. Bukan apa, takut bertepuk sebelah tangan.

Tapi, adakah anda tahu apakah tanda-tanda yang si dia sudah mula jatuh cinta pada anda?

Sebenarnya kita boleh kenal pasti melalui bahasa tubuh si dia sahaja. Jika dah tahu yang si dia sebenarnya sukakan kita, barulah mudah untuk kita memulakan langkah menambat hatinya terus ke jinjang pelamin.

Jom check adakah tanda-tanda ini ada pada si dia…

1) Curi -curi pandang

Ewaah..main mata pula si dia. Bila si dia selalu curi-curi pandang pada kita sambil tersenyum-senyum bermakna si dia sentiasa ingin menatap wajah anda setiap masa. Ianya sebagai isyarat tanda perkenalan pertama dan cara si dia mengenal bahasa tubuh anda. Waktu ni, jangan pula anda tergedik-gerdi tau. Jaga perilaku diri sendiri.

2) Bergurau kasar

Si dia yang suka pada seseorang perempuan kebiasaanya akan lebih gemar bergurau kasar. Itu tanda yang mereka sebenarnya mencari masa untuk sentiasa mengusik anda. Dengan cara itu, si dia dapatlah menyakat anda dan menjadikan hubungan semakin rapat.

3) Sanggup buat apa sahaja jika kita minta tolong

Si dia sanggup buat apa sahaja jika kita minta tolong. Ini kerana untuk mengambil hati anda disamping menunjukkan dirinya mengambil berat tentang diri anda.

4) Suka menafikan

Tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua . dan di saat kita beria ia menafikan , si lelaki tu boleh buat ilek je . buat tak tahu macam tak ada apa apa, atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je .

5) Berusaha jauhkan kamu dari lelaki lain

Si lelaki akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan anda dari lelaki lain. So kalau kanda tengah berguaru atau bersembang dengan lelaki lain tiba-tiba dia menyampuk atau ajak lelaki itu pergi tempat lain, itu tandanya dia tidak mahu melihat anda berkawan dengan lelaki lain selain dirinya.

Back to Top