Take note! Doa lembutkan hati suami isteri untuk bahagia rumah tangga

Seperti yang kita semua tahu, Nabi Yusuf dilahirkan dengan rupa paras yang begitu mengasyikan sehingga bisa buat sesiapa yang terpandangnya berkelana… sehinggakan ada orang yang menganggapnya bidadari suatu ketika dahulu.

Beliaulah yang paling tampan dan berseri-seri dan oleh kerana itu, ramai yang sering berkongsi dan berpendapat bahawa beberapa dia dari Nabi Yusuf sendiri mempunyai keistimewaannya dan salah satunya adalah untuk membuatkan orang senang dan suka dengan kita.

Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi:-


“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.


Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.


Sebelum mengamalkan doa ini, sila tetapkan kepada diri bahawa niatkannya untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain.
Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.

Manfaatkan doa ini sebagai ‘penyeri’ wajah diiringi dengan niat baik terutamanya untuk melembutkan hati si suami atau isteri agar lebih mengasihimu.


Boleh dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau bacakannya ketika mahu berhadapan dengan pasangan.

Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4


  • Jika dibaca bersungguh-sung sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, ia dapat mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.
  • Jika dibaca 7 kali setiap setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.
  • Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”… ia bisa meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.
  • Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.

Selain surah yusuf auat 4 ini, menyebut zikir “Ya Latiff” diikuti surah asy-Syu’raa ayat 19 bermaksud, “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa” ketika sedang memasak hidangan untuk keluarga juga boleh menguatkan kasih sayang suami.


Bila-bila masa lain, boleh juga amalkan zikir “Ya Hayyu” (yang maha hidup), “Ya Qayyum”(yang maha menegakkan), “Ya Latiff” (yang maha lembut) dan “Ya Rahman” (yang maha pengasih).

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top