‘Sukar tinggalkan dia seorang diri’, Risteena akui cinta luar biasa bersama Isa Khan

Sungguh kuat cinta pasangan selebriti Nur Risteena Munim dan tunangnya, Isa Khan. Di laman IG pasangan itu tidak kekok berkongsi momen indah mereka bersama pengikut di IG.

Beliau akui risau apabila terpaksa meninggalkan tunangnya, Isa Khan untuk menjalankan perniagaan mereka berseorangan.


Meneruskan tugas hakikinya sebagai pelakon, Risteena bimbang apabila perlu meninggalkan Isa seorang diri.

“Dugaan paling berat sepanjang bertunang ini apabila saya perlu shooting dan Isa kena buat bisnes sendiri.

“Biasanya kami ke mana-mana bersama, makan bersama, jumpa orang bersama, buat bisnes bersama.

“Saya tak pernah tinggalkan dia sorang diri,” kongsinya.

Bagaimanapun, Risteena yakin Isa mampu mengawal, menyelia dan menguruskan bisnes Lovit yang mereka jalankan bersama-sama sejak tahun lalu itu biarpun tanpanya di sisi.


“Tapi saya yakin Isa mampu uruskan bisnes kami sendiri walaupun saya sibuk di tempat shooting,” tambah Risteena.

Baru-baru ini Risteena diraikan sempena ulangtahun perkenalan mereka menerusi hadiah sebuah kereta mewah jenis Audi A5.

Lebih bermakna, kereta tersebut didatangkan dengan nombor pendaftaran istimewa ‘US I54’.

Turut berkongsikan video ulang tahun pertama percintaan mereka, Risteena berkata dia berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh tunangnya itu. Risteena turut menzahirkan rasa cintanya pada Isa yang semakin hari semakin mendalam.

Pelakon filem Girlfriend Kontrak itu juga berjanji untuk sentiasa ada dengan Isa dalam apa juga keadaan.

Kata Risteena lagi, dia juga berjanji untuk sentiasa ada dengan Isa dalam apa juga keadaan tidak kira ketika senang mahupun susah. Ujarnya lagi, disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menyokongnya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top