“Saya sudah ada kekasih”, Alya Iman akui sedang bercinta dengan duda anak dua

Pelakon baharu Alya Iman, 19, tampil mengesahkan foto bersama seorang lelaki yang tersebar di laman sosial itu adalah teman lelakinya, Ridhwan Rosli.


Ketika dihubungi, Alya menyatakan Ridhwan sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini.


“Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli.


“Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini,” katanya.


Sementara itu, pelakon drama Senafas Rindu itu mengambil pendekatan untuk tidak terlampau mendedahkan mengenai kisah percintaan mereka.


Malah, kata pemilik nama Nur Alya Iman Azmil dia tidak akan sembunyi sekiranya mempunyai perancangan untuk berkahwin.


“Kalau ada rezeki dan kalau ada yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa.

“Saya akan cuba untuk keep it personal tentang hubungan saya dengan Ridhwan,” katanya lagi.

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart