“Sah ke solat kalau warnakan rambut?”, Gadis ini perjelas isu ‘Dye’ rambut paling mudah

Mungkin sehingga kini masih ramai yang tertanya-tanya apakah hukum sebenar mewarnakan rambut dalam Islam?

Malah, soalan paling popular setelah dilihat seseorang itu mewarna rambut adalah, “Sah ke solat mereka?

” Persoalan tersebut juga pernah dilontarkan kepada Pencetus Ummah, (PU) Azman dalam satu sesi live video. Dia telah menjelaskan bahawa mewarnakan rambut sama ada dengan inai secara tradisional atau artificial iaitu dengan bahan-bahan lain chemical process, hukumnya adalah HARUS.

PU Azman turut memberitahu, “(Ia) kerana mewarnakan rambut, proses menukar daripada warna rambut asal tidak kira (sama ada) daripada inai semula jadi ataupun ada campuran dari kilang-kilang dengan bahan yang moden, tidak ada masalah.”

Namun begitu, masih ada juga segelintir individu yang kurang mengerti dengan penjelasan dan hukum sebenar jika seseorang itu mewarnakan rambut dengan sengaja

Oleh yang demikian, seorang pengguna Twitter @cksdnmns telah ‘terpanggil’ untuk menjelaskan serba sedikit tentang isu ini dengan cara yang lebih simple dan mudah untuk difahami.

Perkongsiannya melalui rangkaian tweets itu juga telah berjaya meraih lebih 8.6K retweets dan 9.9K likes ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

Dia turut menjelaskan persamaan di antara inai dan pewarna rambut yang mungkin ramai masih keliru

Untuk anda yang ingin mengetahui dengan lebih jelas dan mendalam tentang hukum mewarnakan rambut, boleh tonton video di bawah:

https://web.facebook.com/100007999206243/videos/2641055262837755/

Benda mudah tak perlulah dirumitkan, betul tak? 🙂

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart