Raih jualan RM100,000 sebulan, graduan IPTA ini kini ada 2 cawangan kedai perabot terpakai

Para graduan seringkali diuji dengan peluang pekerjaan yang terhad. Ini membuatkan ramai dari mereka menganggur dalam waktu yang sangat lama. Lambakan para graduan setiap tahun dengan peluang pekerjaan yang terhad agak membimbangkan.


Dari rentetan perkara tersebut, para graduan disarankan untuk mempunyai pelan kedua bagi menampung kehidupan selepas tamat tempoh pembelajaran. Menerusi laporan Sinar Harian, seorang graduan IPTA telah menggunakan modal sendiri membuka sebuah kedai bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar.

Menjalankan perniagaan perabot terpakai

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arliya Munif sudah mula menceburi bidang perniagaan dengan membuka sebuah kedai perabot terpakai di Jeniang, Kedah. Apa yang lebih menarik, jualan dari kedainya itu mampu meraih sehingga RM 100,000 sebulan.

Kedai perabot terpakai yang diusahakan Arliya yang masih berumur 21 tahun ini telah diusahakan sejak tahun 2007 dan dikenali sebagai Perabot Berkualiti Kedah. Kedai perabot itu juga menjadi tumpuan penduduk setempat kerana menawarkan perabot dengan harga mampu milik.

Idea dia untuk membuka kedai tersebut tercetus apabila melihat perabot-perabot lama yang dibuang begitu sahaja walhal perabot tersebut masih elok dan hanya mengalami kerosakan kecil.

Hanya bermodalkan RM1500

Arliya yang juga merupakan penuntut jurusan Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan memulakan perniagaan tersebut dengan modal RM1,500 sahaja. Beliau yang ketika itu masih mengikut pengajian diploma tidak menyangka bahawa perniagaan yang diusahakan itu mendapat sambutan menggalakkan.


Menjual pelbagai perabot, setahun selepas perniagaan tersebut dibuka, Arliya membuka cawangan kedua perniagaannya di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok. Mengambil stok dari Singapura, Arliya berkata perabot dari negara sana mendapat permintaan yang tinggi kerana keunikan dan cara pembuatan sesuatu perabot itu.


Arliya juga telah mempelbagaikan produk dikedainya itu seperti sofa, permaidani, tilam, peti ais dan televisyen.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart