PKPB : Majlis kahwin, tunang, resepsi tidak dibenarkan di Kelantan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK Tengku Kamaruddin Tengku Alias berkata arahan itu berkuat kuasa mulai semalam hingga PKPB ditamatkan.

Bagaimanapun, majlis akad nikah masih dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat ditetapkan.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah majlis akad nikah dilaksanakan di premis persendirian, masjid, surau atau seumpanya dengan boleh dihadiri oleh 20 orang tetamu sahaja termasuk seorang jurunikah, pengantin, wali dan saksi.

“Selain itu, kursus praperkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau rundingcara hanya dijalankan secara dalam talian,” katanya.

Tengku Kamaruddin berkata sebarang arahan atau keperluan adalah tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lepas berkata PKPB dilaksanakan di Kelantan selama dua minggu bermula 21 Nov susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri berkenaan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart