‘Pillow Talk’ baiki jurang suami isteri kepada hubungan lebih erat

Bagi pasangan yang telah berkahwin pelbagai kenikmatan dapat di kecapi bersama baik dari segi rezeki, kesihatan, perhubungan, dan sebagainya. Menyentuh soal kesihatan dan perhubungan bagi pasangan yang telah berkahwin pastinya kedua-dua aspek ini mempunyai ikatan yang sangat kuat!

Kerana jika hubungan berantakan, pastinya kesihatan diri akan terjejas. Manakala jika hubungan harmoni penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang, pasti kesihatan tubuh badan menjadi kuat serta sihat dan jiwa lebih tenang dan tenteram!


Sebenarnya ada satu rahsia yang boleh meningkatkan serta mengeratkan hubungan suami isteri dan sekaligus tahap kesihatan pasangan juga semakin baik dan positif. Nak tahu rahsianya? Mudah saja, lakukan aktiviri “Pillow Talk” setiap hari bersama pasangan anda sebelum tidur.


Apa Itu Pillow Talk?

Pillow Talk merupakan perbualan yang berlaku di kalangan pasangan sebelum mereka tidur. Mungkin dengan saling berpelukkan atau sebelum dan selepas aksi seksual yang inti, pasangan akan saling meluah dan berkongsi tentang perasaan masing-masing serta dengan perbualan seperti ini secara tidak langsung menguatkan hubungan suami isteri dengan lebih erat lagi.

Malah jika pasangan bijak menghasilkan suasana yang positif, secara tidak langsung hubungan anda menuju ke arah yang sihat dan positif! Ini adalah impian yang di idam-idamkan oleh semua pasangan.


Bukan itu saja, pillow talk ini telah di kaji di kalangan pasangan di Oregon dan mendapati hubungan mereka semakin erat dan sihat. Berdasarkan keputusan yang di temui itu ia telah di kongsi pada tahun 2017 di Personality and Social Psychology Annual Convention.


Semasa majlis tersebut, para pengkaji menyarankan agar pasangan yang telah berkahwin mula melakukan aktiviti pillow talk ini waktu malam. Dan ianya tidak perlu masa berjam-jam lamanya. Cukup dengan perbualan yang sederhana sebelum tidur dapat mengeratkan hubungan dan meningkat tahap kesihatan anda dan pasangan.


Berikut Contoh Perbualan Pillow Talk Untuk Anda

  • Ada berlaku sesuatu yang bagus/baik pada awak hari ni?
  • Anak-anak buat sesuatu yang melucukan baru-baru ni.
  • Menang di tempat kerja.
  • Teringat sesuatu kepada pasangan.
  • Sesuatu yang membuatkan anda berasa gembira.
  • Menonton video lucu dan sebagainya.Macam mana awak jelaskan tentang diri saya (si pasangan) kepada individu yang tidak di kenali?
  • Awak rasa, saya nampak lebih cantik dengan pakai baju yang mana satu?
  • Yang mana satu perangai atau habit yang telah saya ubah dalam diri saya yang awak hargai?
  • Yang mana satu hari yang paling bermakna dalam hidup awak?

Dan bermacam-macam jenis perbualan yang boleh anda bualkan seperti aktiviti seharian, program atau perancangan akan datang, bercerita tentang hal-hal keintiman bersama pasangan, soal keluarga dan anak-anak dan sebagainya. Perbualan sebegini membawa banyak manfaat!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top