Panduan Solat Sunat Istikharah & Doa Untuk Jodoh

Adakalanya kita merasakan pilihan kita adakah ia benar ? Dan pernah tak kita juga merasa rungsing dan celaru dengan keputusan kita. Mesti pernah kan?

Kerana kita semua adalah manusia biasa, tidak maksum dan sebagai hamba Allah di dunia ini. Dalam kehidupan ini sewajarnya kita perlu membuat pilihan antara salah satu manakah yang terbaik.

Sebagai contoh, kita dapat tawaran pekerjaan company yang bagus dan kedua-duanya terbaik, dan juga dalam pemilihan jodoh. Lepas habis belajar, ada dua orang jejaka meminang dan menyatakan ingin menyunting untuk dijadikan teman hidup.

Lalu, kita tidak tahu nak memilih yang mana satu kerana bab-bab dalam hal perkahwinan bukan perkara yang kecil. Kalau boleh, mestilah kita mahukan seorang pasangan yang betul-betul boleh membawa kita kearah kebaikan, dan membimbing hingga ke syurgaNya.


Justeru itu, sebagai seorang muslim, kita disarankan untuk melakukan solat istikharah, iaitu meminta petunjuk kepada Allah agar dalam pemilihan yang dibuat ianya yang terbaik Allah berikan dan meminta redhaNya.

Apa Itu Solat Istikharah?

Solat istikharah membawa maksud solat sunat yang dikerjakan untuk memohon petunjuk kepada Yang Maha Esa dan mengetahui penentuan untuk memperoleh keputusan yang terbaik. Dan juga memohon agar Allah memberi petunjuk, jalan dan dorongan yang baik dengan izinNya.

Solat istikharah dilakukan bukan untuk pemilihan jodoh dan cinta sahaja, tetapi ia juga dilakukan untuk memohon petunjuk hal-hal berkaitan perkara-perkara yang lain. Ini kerana dalam kehidupan kita, Allah sudah tentukan jalan hidup bagi hamba-hambaNya. Tugas kita sebagai seorang mukmin, sememangnya memerlukan pertolongan dan petunjuk dari pencipta kita, kerana itulah tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sejati.

Cara Solat Sunat Istikharah Jodoh

Langkah 1: Mulakan dengan niat. Niat dalam bahasa melayu:

Langkah 2: Pada rakaat pertama, bacaan surah Al-Fatihah dengan surah Al-Kafirun
Langkah 3: Pada rakaat kedua, bacaan surah Al-Fatihah dengan surah Al-Ikhlas
Langkah 4: Bacaan dalam sujud akhir, ketika sujud akhir pada rakaat kedua (sebelum tahiyyat akhir), baca sebanyak 40 kali:

Sebelum bangun dari sujud, hendaklah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dipertemukan jalan kebenaran dalam membuat pilihan dan keputusan.


Langkah 5: Selepas salam, baca surah Al-Fatihah dan wirid-wirid. Selain itu juga, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW.

Langkah 6: Banyakkan istighfar dan memohon keampunan dari Allah SWT agar doa yang kita minta diperkenankan olehNya.

Doa Solat Sunat Istikharah

Langkah 6: Banyakkan istighfar dan memohon keampunan dari Allah SWT agar doa yang kita minta diperkenankan olehNya.


Doa Solat Sunat Istikharah

Bertapa pentingnya solat istikharah ini agar kita diberi ketetapan yang paling bagus dari Allah. Disusuli juga berdoa kepada Allah SWT mestilah perlu dan digalakkan kita berdoa kepada Dia agar pilihan jawapan kita akan didorong dengan baik. Rasulullah SAW seringkali mengajar doa ini sebagaimana Baginda mengajar ayat-ayat Al-Quran (Rekod Imam Al-Bukhari)

Waktu Afdhal Solat Sunat Istikharah

Setiap orang yang bingung, kerisauan dalam sesuatu untuk membuat keputusan. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang mampu mengetahui kejadian pada masa akan datang samada benda baik atau buruk yang akan berlaku dalam waktu yang seterusnya. Justeru itu, kepada Allah SWT jua tempat kita mengadu dengan penuh harapan Dia yang Maha Kuasa akan menentukan yang terbaik atau diberi petunjuk.


Bagi yang melakukan solat istikharah, jumlah rakaat solat istikharah minimum sebanyak 2 rakaat dan maksimum adalah 12 rakaat. Ianya mengikut kemampuan individu itu tersendiri bagi melakukan ibadah sunnah ini. Selain itu juga, hukumnya adalah sunnah iaitu tidak wajib.

Jika melakukan ibadah sunnah ini, akan mendapat ganjaran pahala besar, dan jika tidak melakukannya hukumnya tidak berdosa. Solat isitkharah ini biasa dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW di dalam Hadis Sahih dari Jabin bin Abdullah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

Solat sunat istikharah boleh dilakukan pada waktu siang hari atau di malam hari, lebih afdal jika dilakukan apabila selesainya waktu solat isyak sampai sebelum waktu imsak (sebelum masuk waktu subuh) di pagi hari.

Tetapi, disarankan dan lebih afdal melakukan ibadah sunnah ini pada waktu sepertiga malam selepas waktu isyak, ketika pukul 2 pagi atau ketika selepas melakukan solat sunat tahajjud. Ini kerana, pada waktu ini, semua orang sedak berehat dan nyenyak tidur. Maka, eloklah dilakukan pada waktu sebegini ketika bertaqarrub pada Allah SWT.

Untuk melengkapi amalam sunnah kita, lebih elok ditambahi dengan zikir-zikir selepas menunaikan solat istikharah ini. Memnajatkan rasa bersyukur kehadrat Illahi dengan meminta yang baik-baik dalam kehidupan kita.

Kerana berzikir itu banyak manfaatnya dalam melakukan perkara sunnah serta hati juga akan berasa tenang dengan mengingati Allah.

Waktu Dilarang Solat Istikharah

Terdapat banyak hadis yang telah menyebut tentang larangan waktu solat dikerjakan. Ada beberapa waktu yang diharamkan untuk solat. Iaitu sepertimana di dalam riwayat hadis,

Waktu selain daripada selepas solat subuh, dan selepas solat asar maka kita boleh melakukan solat istikharah ini kerana ianya bukan waktu tahrim.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart