Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri Bagi Pasangan Yang Dah ‘Ready’ Nak Jadi Suami Isteri

Setiap lelaki yang ingin bernikah perlu menyediakan mas kahwin kepada wanita. Mas kahwin tersebut akan menjadi hak tetap wanita dan juga merupakan satu tanggungjawab suami terhadap isteri.

Di Malaysia, setiap negeri mempunyai  mas kahwin yang berbeza mengikut negeri seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Mas kahwin atau disebut sebagai mahar adalah antara pemberian berharga wajib yang diberikan si suami buat isterinya sewaktu berlangsungnya Ijab dan Qabul antara kedua calon mempelai. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka”. (Surah An-Nisaa’ Ayat 4).

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari).

Ada lelaki bagi cincin atau gelang tangan. Mengikut adat orang Indonesia, mereka banyak beri jongkong emas dan syiling emas sebagai mahar. Manakala dalam masyarakat melayu Malaysia, ada yang beri wang tunai atau aksesori barang kemas seperti gelang dan rantai emas yang bernilai sama atau lebih tinggi dari harga mahar yang ditetapkan.

Berbalik kepada kemampuan individu, kebanyakan keluarga mempelai akan meletakkan harga mahar mengikut had nilai mengikut negeri iaitu:-

Bagi negeri yang tiada ketetapan, lazimnya pihak keluarga perempuan yang akan menentukan sendiri jumlah mas kahwinyang ingin dituntut daripada pihak lelaki. Meskipun begitu,kadar mas kahwin boleh berubah berlandaskan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam negeri.

Perlu difahamkan, mas kahwin adalah hak si isteri dan suami tidak boleh mengambilnya kembali mahupun menggunakannya sesuka hati. 

“Sebaik-baik perempuan adalah yang paling murah maharnya”.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart