Posted on: March 3, 2018 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Orang sekarang sanggup berhabis ribuan ringgit asalkan majlis perkahwinan memenuhi impian hati. Kalau ikutkan satu hari tak cukup untuk langsung majlis. Nak sahaja macam anak raja cukup tujuh hari tujuh malam tapi tak apalah periksa dulu akaun bank. 

Memang tak salah pun hendak buat meriah mana pun majlis, bergantung pada bajet dan situasi kewangan anda dan pasangan. Betul, semua orang mahu majlis perkahwinan yang indah dan ingati oleh tetamu yang hadir. 

Jadi buat anda yang sedang merancang perkahwinan persis diraja dan mempunyai dekorasi luar biasa. Mari ikut beberapa tambahan props yang boleh menjadikan dekorasi majlis perkahwinan kamu seindah selebriti. 

1) Chandelier

Chandelier seperti persembahan Sufian Suhaimi di AJL sudah cukup gah untuk sebuah majlis perkahwinan.

2) Bunga

Beritahu pada perancang perkahwinan kamu jangan kedekut dengan bunga! Aturan bunga boleh memberi mood romantis dan mengubah sekeliling dewan lebih indah. 

3) Dekorasi meja

Ramai yang lupa dekorasi meja makan juga patut diambil berat. Barulah tetamu terasa dihargai. 

Kredot: W-inzone

4) Persembahan nyanyian

Ini bukan persembahan karaoke biasa-biasa tapi dengan jemputan artis ternama. Sanggup?

Jika ada bajet lebih, boleh difikirkan juga untuk menjemput artis mahupun ahli muzik bagi memeriahkan lagi majlis anda itu.

5) Veil panjang

Trend layah panjang sudah kembali, lihat fenomena layah Priyanka Chopra sampai sekarang satu dunia ingat.

Leave a Comment