Nak hasil solekan cantik macam selebriti? Ini senarai MUA yang anda cari

Wajah mungil, dagu yang runcing, mata besar dan hidung mancung sering menjadi dambaan wanita. Namun tidak semua wanita bertuah dilahirkan dengan pakej lengkap seumpama itu.

Bagaimanapun, wanita tidak perlu gusar kerana dengan solekan wajah yang tepat, kekurangan pada wajah dapat dilindungi sehingga anda mampu tampil cantik terutama saat bergelar raja sehari.

Bagaimanapun, perkara asas perlu dilakukan untuk membolehkan mekap diadun sempurna pada wajah adalah memastikan proses membersih, menyegar dan melembap dilakukan sebaik mungkin sebelum memulakan solekan.

Kalau dulu tak ramai yang membuat servis mekap. Sejak wujudnya kelas mekap, semakin ramai yang berani yang mengambil tempahan servis mekap. Malah ada yang menjadikan servis ini sebagai kerjaya tetap. Kenapa harga setiap Mekap Artist itu berlainan?

Setiap Mekap Artist punya tahap kecekapan, teknik dan pengalaman yang berbeza. Tahap professional juga menjadi pengukur kepada harga seseorang mekap artist tersebut. 

Jom lihat senarai Mekap Artist Kegemaran Ratu Sehari Pilihan Wedpedia kali ini.

1) Alha Alfa

Dari seorang tukang cat ke makeup artist professional dan sekarang Alha Alfa adalah founder Alha Alfa Cosmetics. Artis pertama yang pernah disolek oleh Alha sendiri adalah Jihan Muse. Katanya, dengan menumpang populariti artis-artis Malaysia kerana sering dipromosikan oleh mereka, Alha Alfa mula terima tempahan mekap perkahwinan.

Bagi bakal pengantin atau memerlukan khidmat mekap, boleh whatsapp ke +60 18-293 9167. Dinasihatkan untuk membuat tempahan secepat mungkin.

2) Makeupbynurulmf

Antara mekap artist yang terkenal dengan look natural ini semestinya menjadi buruan bakal pengantin malah golongan ternama. Selain servis mekap, Makeupbynurulmf juga ada membuat kelas mekap berbayar pada tarikh-tarikh tertentu. Bakal pengantin atau sesiapa yang terpikat dengan hasil mekap sis Nurul, mohon membuat tempahan seawal yang boleh ya! Boleh hubungi nombor ini untuk membuat tempahan 018-2039989.

3) Ynasakinah

Seorang mekap artist yang sebenarnya peramah jika ditegur. Bermula daripada membuat servis secara sambilan pada tahun 2012. Pada mulanya Kina hanya menconteng muka rakan-rakan. Daripada bakat ke minat sehinggalah menjadi kerjaya tetap. Selebriti pertama yang pernah disolek oleh Kina adalah Amyra Rosli. Tunggu apa lagi? Harga servis mekap Kina sangatlah berbaloi! Jom booking sekarang 6011-12138665

4) Erinleolamakeupartist

Dulunya seorang jurutera elektrik tetapi punya minat yang mendalam dengan mekap. Erin juga gemar membuat solekan ‘Sebelum & Selepas’ untuk melihat perbezaan rupa pelanggan dan lihat apa yang boleh diperbaiki dalam mencantikkan modelnya. Erin sudah pun buka slot tempahan mekap untuk tahun 2019. Bagi anda yang berminat, boleh hubungi 0173200041.

5) Intan Kaharuddin

Menggelarkan dirinya Makeup Artist Cing Cing sesuai dengan perwatakan Intan yang kelakar dan bersahaja. Pelanggan pasti terhibur dengan caption di laman Instagramnya. Intan Kaharuddin juga antara mekap artist yang menjadi rebutan bakal pengantin, tentulah kerana hasil mekapnya yang kemas, simple dan cantik! Nak tahu harga servis Intan? Sila whatsapp ke 011-1003 7507 untuk segala pertanyaan.

6) Anim Albukhary

Terkenal sebagai mekap artist di Alor Setar. Anim pernah memasuki kelas mekap secara persendirian dibawah Ynasakinah. Bakal ratu sehari yang tinggal di Alor Setar atau kawasan yang berdekatan yang mahukan solekan ala Ynasakinah, boleh whatsapp mua ANIM ini sebab hasil solekan dia sememangnya tiptop! Boleh hubungi +60 13-476 8893.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart