Kreatif! Wanita ini DIY barang-barang kahwin untuk jimat, Dulang hantaran paling ‘In Love’ sangat

Untuk merealisasikan suatu majlis perkahwinan sememangnya tidak dinafikan menelan belanja yang agak besar. Lebih-lebih lagi di zaman sekarang ini yang semua benda dah naik harga.

Memang mengeluh bila mengenangkan nak bayar itu ini. Jika tak kuat, ikatan yang bakal menuju ke jinjang pelamin putus ditengah jalan. Isk, berdoalah agar terus kuat dan tidak berlaku perkara yang buruk ok.

Jadi, disinilah anda perlu bijak mengatur dan merancang bagaimana caranya untuk mengurangkan belanja perkahwinan. Caranya mudah sahaja, DIY la…

Jom kita tengok wanita ini yang kreatif DIY sahaja barang-barang kahwin untuk jimatkan kos. Mana tahu, anda boleh contohi dia atau dapat idea yang lebih hebat.

Dulang hantaran nyiru RM3.50 je

Guna botol recycle untuk candle holder

DIY bunga guna kad manila sahaja

Cetak sendiri Thank you sticker RM3

Manik, kain organza, daun dan bunga boleh beli online

Kasut RM15 sahaja. Beli murah sebab pakai sekali je

Baju kahwin beli online juga, tambah lace sendiri

Kad kahwin pun DIY guna Canva

DIY bunga telur juga. Yang ni kena rajin buat. Kalau malas memang tak jadi.

Deko lampu pelamin, boleh beli lampu di Shopee

DIY doorgift kopi Che Nah

Idea goodies

So, macam mana? Dah dapat idea DIY untuk majlis anda?

Sumber: neyrashazeyra

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart