Khas untuk pengantin lelaki: 5 Instagram si penggaya rambut buat anda lebih kacak

Bila meniti hari bahagia, pasti ramai bakal pengantin tercari-cari apa yang terbaik untuk meraikannya. Pelbagai persiapan mula dilakukan demi memastikan ianya berjalan lancar.

Tidak kurang juga bagi pengantin lelaki. Rambut adalah aset terpenting untuk diserlahkan agar penampilan pada hari bahagia lihat lebih terurus, kemas dan mempengaruhi wajah yang tampan.

Kredit: Dans Media

Wedpedia kongsikan kepada anda perkhidmatan memotong rambut yang mahir menjadikan penampilan anda setampan Shafiq Kyle mahupun Aaron Aziz.

1) Nimroc Barbershop

Dimiliki oleh Ardy Damis iaitu suami kepada selebriti Betty Rahmad. Mula ditubuhkan pada tahun 2016 dan kini mempunyai 2 cawangan di Maluri dan Shah Alam. Kedai yang berkonsepkan moden hipster ini mampu memberikan gaya potongan yang pelbagai. Nak potongan rambut macam kpop pun mereka boleh buat.

2) Madsbarbershop

Kedai ini berda di lokasi Bandar Putra Permai, Equine Park. Ianya menjadi tumpuan para selebriti untuk mendapatkan potongan yang terkini. Apa sahaja stail yang anda inginkan, mereka boleh buat. Bukan sahaja potong rambut, mereka juga ada servis mencukur jambang dan misai.

3) Kalan Barbers

Bagi anda yang berada di Terengganu, ini adalah spot terbaik untuk dapatkan potongan rambut ala-ala Elvis Presley versi 2019. Fuh, dia punya slide atas rambut tu memang stail sangat. Mereka menyediakan servis potong, trim, cuci dan cukur. Mereka juga menjual pomade rambut yang berkualiti.

4) Barberspole

Kedai ini berlokasi di Taman Kota Laksamana, Melaka. Bagi anda yang berada di Melaka bolehlah datang kesini jika berhajatkan untuk mengubah penampilan diri. Kedai yang berkonsepkan wooden hipster ini boleh memotong rambut mahupun jambang anda mengikut apa sahaja stail yang anda inginkan. Dari gaya klasik mahupun moden, mereka tiada masalah.

5) Zenon Barbershop

https://www.instagram.com/p/BxPf3WIHd1A/

Berlokasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, kedai ini dilihat agak biasa dan nampak seperti tiada konsep khas. Namun, apabila melangkah masuk anda pasti teruja melihat gaya deko kedai yang simple namun hasil potongan macam profesional. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top