Kerja rumah bukan tugas hakiki isteri sahaja, Suami pun perlu ambil tahu!

Lepas balik kerja, si ibu pun terus pergi mandikan anak. Belum sempat rehat, dia pula terus pergi masak di dapur. Tiba-tiba anak tertumpahkan susu. Gigih juga si ibu pergi ambil mop dan bersihkan. Manakala si bapa ada sahaja di ruang tamu sedang berbaring sambil tengok Instagram.


Perkara ini mungkin dah biasa anda lihat. Tapi ia sebenarnya tidak normal. Kalau pun isteri anda lebih cekap untuk buat semua benda. Namun, tidak bermakna semua benda dia kena uruskan. Masing-masing bekerja dan penat. Jadi anda kena saling bertoleransi.

A sad young woman is standing in a kitchen with a spoon in her hand

Ini lima sebab kenapa semua benda dalam rumah tak boleh diletakkan di bahu isteri sahaja.

Isteri pun penat


Bayangkan dia sudah penat berada di pejabat sama seperti anda. Tidak cukup dengan itu, dia juga yang kena masak dan uruskan anak-anak. Jadi, kasihanilah isteri anda dan apa salahnya untuk anda buat jadual bergilir-gilir memasak. Biar isteri anda uruskan anak. Pada hujung minggu pula, berilah peluang kepada isteri anda untuk keluar bersama kawan-kawannya. Jangan fikirkan tentang anda sahaja.


Isteri bukan pembantu rumah


Semua benda nak diarah-arah. Anda rasa perkara itu normal sebab ayah anda buat begitu kepada ibu anda. Hentikan budaya seperti ini sekarang juga. Jika sesuatu perkara itu anda boleh uruskan sendiri, kena masih suruh isteri yang lakukan. Jika sebelum berkahwin anda boleh gosok baju sendiri, kenapa lepas kahwin tiba-tiba anda dah tak ingat cara gosok baju?

Jadilah suami yang dihormati


Anda kena ingat bahawa sikap ‘hormat’ bukan sesuatu yang boleh dibeli. Bila seorang isteri menghormati suami, maka cinta itu akan berkekalan sehingga ke akhirnya. Jadilah ketua keluarga yang bertimbang rasa dan membantu isteri walau sesibuk manapun kehidupan anda. Sesekali, tanyalah isteri bagaimana hari mereka.


Jadikan budaya berbincangan sesuatu yang normal


Komunikasi sangat penting dalam rumah tangga. Pastikan anda berdua saling meluahkan apa yang anda rasa dan jujur tentang diri sendiri. Jika isteri anda penat dan kecewa, sebagai ketua keluarga andalah yang perlu menenangkan dan memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan keadaan.

Mulai sekarang, urusan rumah tidak sepatutnya hanya diletakkan di bahu isteri semata-mata. Toleransi dalam hidup akan membuatkan anda dan pasangan hidup dalam keadaan aman dan damai. Jika anda mempunyai anak lelaki di kemudian hari, dia juga akan mencontohi perilaku anda.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart