Kenapa Mak Tiri Selalu Dilabel Jahat? Ini puncanya…

“Habislah kau dapat mak tiri baru, mesti lepas ini hidup kau akan jadi kacau-bilau!”

Rasanya momokan sebegini cukup sinonim dalam masyarakat dunia, label ini seolah-olah menyatakan tiada ibu tiri yang baik di dunia ini.

Bila sebut saja isu bapa ingin kahwin baru, mulalah momokan ibu tiri jahat mula merayap dalam hati dan fikiran anak-anak.

Mereka membayangkan kehadiran ibu baru ini akan membuatkan kehidupan mereka sengsara, dan kasih sayang bapa akan berubah 360 darjah.

Jadi adakah benar tiada ibu tiri yang baik di dunia ini, dan mengapa label ibu tiri jahat sukar dihakis?

Ingin mencari jawapannya, ikuti kupasan penuh di bawah.

Anggap Kasih Sayang Diberikan Palsu

Kebanyakan anak-anak merasakan kasih sayang yang ibu tiri mereka tunjukan adalah palsu belaka, dan merasakan jika bapa mereka tiada di sisi nanti ibu tiri mereka tidak lagi mencurahkan kasih sayang dan perhatian.

Hanya Inginkan Harta Keluarga

Selain itu, anak-anak juga sering memikirkan bahawa ibu tiri mereka sanggup berkahwin dengan bapa mereka hanya kerana harta semata-mata dan bukan kerana benar-benar menyayangi bapa mereka.

Tidak Berlaku Adil Dan Berat Sebelah

Kebanyakan keluarga yang mendapat ibu tiri pasti akan mendapat adik-beradik tiri dan ini menjadikan keadaan keluarga baru lebih tegang dengan kehadiran insan baru.

Dan hubungan bertambah keruh, bila mana kebanyakan ibu tiri setiasa menyebelahkan anak kandung mereka sendiri dan tidak berlaku adil jika masalah timbul dikalangan anak-anak.

Diracun Dengan Propaganda Di Kaca Televisyen

Label ibu tiri memberi tafsiran negatif pada pemikiran anak-anak kerana telah diracun oleh propaganda di kaca televisyen, dan menganggap kehadiran ibu tiri akan memecah belahkan keluarga asal mereka.

Terpengaruh Dengan Momokan Rakan

Selain terpengaruh dengan propaganda di televisyen, anak-anak juga boleh terpengaruh dengan momokan dari rakan-rakan sekeliling mereka.

Bila dah hari-hari mendengar kisah ibu tiri jahat dari rakan mereka, pastinya ia akan menimbulkan rasa takut dan tidak suka dengan kehadiran ibu baru tersebut.

Dengan faktor-faktor yang disenaraikan seperti diatas, tidak hairanlah label ibu tiri jahat sukar dikikis dari pandangan masyarakat dan anak-anak.

Apatah lagi memang ada kes-kes penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri, menjadikan ia igauan ngeri kebanyakan anak-anak di dunia ini.

Meskipun begitu tidak semua ibu tiri adalah jahat, ada yang baik dan bagi ingin berkahwin baru sekurang-kurangnya berilah masa untuk anak-anak mengenali pasangan baru (ibu tiri) agar diri mereka tidak diracun dengan momokan ibu tiri jahat.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart