Jauhi perkahwinan kerana nafsu, bina dengan niat kerana Allah, InsyaAllah bahagia…

Pernikahan adalah salah satu dari ibadah. Dimana penyatuan dua jiwa lelaki dan perempuan yang sah di sisi syarak dengan niat mengelakkan maksiat dan meramaikan umat Rasulullah saw.

Allah menjadikan institusi perkahwinan ini adalah untuk memenuhi tuntutan seksual manusia dan jalan mendapatkan zuriat.

Apa yang dimaksudkan ‘Kahwin kerana Allah’?

Berapa ramaikah antara kita memahami ungkapan ini? Seperti yang termaktub di dalam hadis ini, anda boleh memahami dengan lebih jelas.

“Segala amalan adalah berdasarkan niat, setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Justeru, barang siapa penghijrahannya adalah kerana Allah swt dan Rasulullah saw, maka ianya akan menuju kepadaNYA.

“Sesiapa yang penghijrahannya kepada dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini, maka penghijrahannya adalah hanya untuk apa yang diingini”

(Hadis sahih Bukhari dan muslim)

Hadis berkenaan jelas menunjukkan bahawa niat kita akan membawa kepada apa yang kita inginkan. Jika perkahwinan dibina kerana Allah, maka kita peroleh redhaNYA. Jika perkahwinan berlandaskan kepada duniawi dan wanita yang dicintai semata-mata, maka kita hanya peroleh bahagia dunia sahaja.

Niatkanlah perkahwinan kerana Allah bukan hanya kepada nafsu semata-mata.

Ikatan perkahwinan merupakan ikatan antara dua manusia berbeza jantina, maka semestinya ia mesti berlandaskan misi dan visi penciptaan manusia itu sendiri iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di mukabumi. Selaras dengan dua misi penciptaan manusia, maka misi dan visi perkahwinan adalah sebagai pembentukan keluarga sebagai ‘team work’ melaksanakan misi hamba dan khalifah dalam perjalanan menuju akhirat. Inilah asas yang paling kukuh dan niat yang paling murni ‘kerana Allah’. Ini bermakna perkahwinan adalah suatu tanggungjawab.


Niat ‘kerana Allah’ dalam percintaan dan perkahwinan direalisasikan dengan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t di setiap peringkat prosesnya. Keredhaan Allah sebagai asas ketika memilih pasangan untuk membentuk ‘team work’ rumahtangga, patuhi segala suruhan dan tinggalkan larangan termasuk dalam aspek pemenuhi tuntutan fitrah keperluan seksual.

Ekpresi cinta dan kasih sayang atas dorongan nafsu semata-mata tergambar dalam kehidupan seharian ketika peraturan Allah tidak diendahkan, batas hukum syarak diketepikan, sehingga andai berlaku pertembungan antara hukum Allah dengan keinginan nafsu, hukum Allah diketepikan dan tuntutan nafsu dipenuhi. Membujur lalu, melintang patah. inilah gambaran niat semata-mata ‘kerana nafsu’. Anugerah cinta dan kasih sayang dari Ar Rahman dan Ar Rahim dikhianati dengan ekspresi dalam bentuk zina.

Cintai dan kasihilah pasangan anda kerana Allah, bukan kerana nafsu. Kerana nafsu adalah dorongan syaitan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart