Jangan sesekali rosakkan atau hilangkan tupperware isteri anda, Ini 5 sebab yang ramai tak tahu

Bila nak bawa bekal makanan ke sekolah, ke universiti mahupun ke tempat kerja sekalipun, pasti emak kita akan memesan supaya jangan lupa bawa pulang bekas makanan tersebut dan harus jaga bekas tupperware tersebut dengan baik.

Malah di rumah pun sama, apabila nak guna bekas tupperware pasti emak akan bertanya dahulu nak guna untuk apa, baru diberi keizinan untuk guna.


Kenapa mak-mak kita ni sangat menjaga dan susah nak berenggang dengan tupperware mereka ni? Jom selongkar rahsia mak-mak dibawah.

1) Hal Kecemasan


Antara sebab mak-mak sukar nak berenggang dengan bekas tupperware mereka adalah kerana, untuk hal-hal kecemasan.


Ianya kedengaran tidak logik tapi itulah yang berlaku bila mana wujud lebihan makanan di rumah dan tiada tempat yang sesuai untuk menyimpan makanan tersebut.


Nah, dari situlah pentingnya bekas-bekas tupperware di dapur. Dengan adanya simpanan bekas-bekas tupperware ini, mak-mak tak perlu risau jika ada hal-hal kecemasan yang memerlukan menyimpan makanan atau barang dalam bekas.

2) Tahan Lama


Apa yang membuatkan mak-mak suka sangat guna tupperware ini adalah kerana bekas tersebut tahan lama dan tahan haba. Nak guna untuk simpan makanan kering, sejuk beku boleh, nak guna untuk panaskan makanan dalam microwave pun boleh dan tak ada masalah.

3) Saiz Tupperware Yang Pelbagai


Mak-mak sangat teliti di dapur, boleh dikatakan hampir semua barang di dapur telah disimpan didalam bekas tupperware yang berlainan saiz dan mengikut kesuaian jenis makanan yang disimpan dalam bekas tersebut.

Seperti contoh kek bulat marble di simpan dalam bekas tupperware bulat besar dan manakala serbuk minuman seperti kopi dan teh di isi dalam bekas tupperware kecil dan comel.

4) Dapur Jadi Lebih Kemas Dan Teratur


Ini penting, sebab mengapa mak kita susah nak beri pinjam atau pakai tupperware di dapur adalah kerana tupperware tersebut digunakan bagi mengurus dapur jadi lebih kemas, tersusun dan teratur. Kalau kurang bekas tupperware di dapur, maka menjawablah nanti dengan emak di rumah.

5) Warna-Warni Tupperware Kena Dengan Jiwa Mak


Bekas simpanan makanan yang warna-warni cukup kena dengan jiwa mak-mak kita, tidak kira rona warna terang, gelap, atau cair sekalipun, semuanya menjadi kesukaan mak kita. Jadi tak hairanlah jika lihat di dapur tersusun rapi deretan tupperware yang berwarna-warni.


Jadi bagi yang nak guna bekas tupperware mak kamu, sila minta izin dulu ya sebelum kena marah dengan mak sebab tupperware tiba-tiba hilang di dapur!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart