Jangan membazir, ini cara tepat buat pengiraan tempahan makanan katering

Kepada yang tengah pening berapa kuantiti makanan untuk ditempah, bolehlah baca dan fahamkan. Jangan sampai membazir atau tidak cukup pulak ye..

Langkah1 : 

Anggarkan jumlah tetamu dengan tepat dan darab 2. Seeloknye tetamu yang datang beri kepastian untuk datang, atau erti lain RSVP. Jika tetamu yang diundang memberi respon untuk hadir maka senanglah kita nak buat pesanan makanan untuk tetamu nanti. Setelah mengetahui jumlah tetamu yang respon barulah senang kita nak tempah makanan. Ye tak?


Jumlah yang respon tadi kita darabkan kepada 2. Contoh 200 orang yang kita jemput beri positif respon, maka setelah didarab 2 bolehlah pesan makanan untuk 400 pax. Kebiasaannya tempahan makanan juga boleh dikira melalui jumlah kad kahwin yang diedarkan. Jika 500 jemputan kad kahwin yang diedarkan maka eloklah tempah 1,000 pax. Orang kata biasanya kalau dah dapat kad kawin, tetamu mesti datang.

Langkah 2 : 

Tambahkan jumlah saudara mara sepupu sepapat terdekat dan yang berkerja untuk majlis nanti. Jangan dilupa masukkan mereka didalam senarai tetamu juga ya. Boleh jadi mereka adalah orang kuat dalam memeriahkan majlis nanti. Jika ada live band, Emcee, Silat dan Kompang, mereka juga wajib berada dalam senarai anda.

Langkah 3 : 

Kurangkan 10% kemungkinan tidak hadir. Berbalik kepada langkah pertama tadi, jika semua RSVP kan mudah. Tetapi biasanya dah RSVP pun ada kemungkinan mereka tidak dapat datang. Apa lagi kalau anda buat jemoutan secara online, guna Facebook event, memang ramai yang klik GO tapi tak jadi datang.

Contoh jika 800 orang yang di jemput; Jumlah : 800 pax X 2 = 1,600 pax Mungkin tak datang : 10% X 1,600 pax = 160 pax Jumlah tepat order katering : 1600 – 160 = 1,440 pax, kita bundarkan ratus paling hampir iaitu 1400 pax. Jadi, jika memang majlis kita hanya ada makanan bufet sahaja inilah formula kiraannya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Langkah 4: 

Jumlah untuk bufet dan stall (Jika Ada). Pembahagian Nisbah 60:40 atau 50:50 boleh digunakan mengikut kesesuaian masa majlis. 60 nisbah 40 biasanya nisbah ini kita gunakan waktu siang, atau jika majlis kita berlangsung waktu makan tengahari. Manakala 50 nisbah 50 biasanya kita gunakan jika majlis berlangsung pada waktu malam, waktu ini biasanya tetamu lebih suka menjamu makanan yang agak ringan berbanding makanan berat dan dianggarkan setiap orang pasti akan mengambil makanan dalam 3 atau 4 stall makanan sahaja.

Nisbah 60:40 ialah nisbah untuk tempah makanan bufet 60% dan order makanan stall 40%. Maka, pesan makanan untuk buffet ialah 60% x 1400pax ( jumlah tetamu awal tadi ) = 840 pax, angka ini lebih elok dibundarkan menjadi 850 pax.


Pesan makanan untuk stall pula ialah; 40% x 1400 pax = 560, jumlah ini di bundarkan kepada 600 pax. Dengan mengambil kira tetamu akan berkunjung ke 4 stall; 600 pax X 4 stall = 2,400 pax makanan ialah jumlah yang perlu ada untuk semua stall. katakanlah pada majlis itu kita nak tempah 6 jenis makanan dalam stall, jadi 2,400pax tadi perlu dibahagi 6 atau dibahagikan mengikut kesesuaian makanan tadi. Paling minimum untuk satu stall ialah 200pax.

Contoh situasi majlis. Jika 500 jumlah tetamu yang dijemput termasuk saudara mara dan krew yang berkerja di majlis nanti. Jumlah order makanan untuk 500 tetamu yang dijemput jika buffet sahaja; 500 X 2 = 1,000 pax kurangkan 10% kemungkinan tetamu yang tidak hadir, 1,000 pax – 10% = 900 pax jumlah makanan yang perlu di pesan.

Jika majlis perkahwinan diadakan pada waktu malam dan ada stall selain bufet. Dengan mengambil kira nisbah 50:50 untuk formula memesan makanan

Jumlah order makanan untuk 500 tetamu untuk buffet dan juga 5 stall makanan tambahan;
Stall 1 :char kuew teow
Stall 2 : Kambing Golek
Stall 3 : Sushi / sate
Stall 4 : Buah – buahan
Stall 5 : kuih muih

Untuk 500 tetamu tadi, jumlah yang di ambil kira setelah 10%
kemungkinan yang tidak datang dan majlis di berlangsung di malam hari, kita boleh gunakan nisbah 50:50 untuk order makanan buffet dan jugak stall; 900 X 50% = 450 pax, jumlah ini boleh di bundarkan kepada 500 pax. Maka 500 pax boleh di pesan untuk makanan buffet.

Untuk stall pula, 900 X 50% = 450 pax diandaikan setiap orang akan mengambil makanan di 4 stall, maka jumlah makanan yang perlu dipesan ialah; 450 pax X 4 stall = 1,800 pax.
Jumlah 1,800 pax ini boleh dibahagikan kepada 5 stall menu yang disenaraikan tadi. Secara puratanya setiap stall perlu ada makanan untuk 360 pax.

Pembahagian boleh dibuat mengikut cita rasa anda sebagai tuan rumah dan juga nasihat pihak keterer. Jika ada stall makanan yang rasa perlu di kurangkan dan dilebihkan, seeloknya kuantiti paling minimum untuk stall ialah 200 pax dan jumlah untuk 5 stall tadi tidak kurang dari 1,800 pax.

*Kaedah pengurangan 10% untuk kemungkinan tetamu tidak hadir bergantung pada keadaan. 

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart