Jadi menantu ‘Favourite’, Ini cara ambil hati mertua dan ipar duai

Dalam hidup berumah tangga kadangkala masalah antara mertua, ipar duai dan menantu pasti berlaku. Ada terjadi masalah sebegini menjadi punca cerai berai kerana tiada sefahaman atau tolak ansur.

Sebut tentang tolak ansur ianya bukan kepada sebelah pihak sahaja malah wajib sama adil kedua-dua belah pihak, barulah ianya seimbang dan tidak membuatkan salah seorang terasa hati.

Mertua adalah orang tua yang kadang-kadang banyak kerenah dan inginkan perhatian. Sama juga pada si ipar duai yang macam-macam kerenah nak di fikirkan dan dihadapi lebih-lebih lagi pada menantu yang baru.

1) Akur sahaja

Segala keputusan yang dibuat, anda setujukan sahaja. Atau jika anda ingin membuat bantahan, bantahlah dengan baik. Susun ayat terlebih dahulu sebelum dikhuatiri anda mengguris hati mertua tmahupun ipar duai.

2) Jangan masuk campur

Jangan masuk campur perihal keluarga mertua anda. Melainkan hal tersebut memerlukan pandangan anda selaku menantu dalam keluarga itu. Berbincang secara elok dengan suami anda terlebih dahulu sebelum anda masuk campur hal keluarga mereka.

3) Jangan berkira tentang kewangan dan tenaga

Jika berkaitan dengan kewangan mungkin sedikit sensitif pada pihak anda, tetapi dalam segala hal, kewangan adalah yang paling penting dalam sesebuah keluarga. Jangan terlalu berkira dengan wang mahupun tenaga anda. Tunjukkan bukti kasih sayang anda kepada keluarga mertua. Tetapi, berhati-hati juga kerana duit juga mampu merosakkan hubungan baik bersama mertua dan ipar duai.

4) Rajin membantu

Walaupun anda bukan seorang yang rajin, tunjukkan sifat rajin itu semasa berada di rumah mentua anda. Lakukan kerja sebelum disuruh. Jika boleh habiskan kerja sebelum anda bersantai menonton televisyen atau baring di bilik.

5) Rajin berbual

Ramahkan diri anda semasa bersama mertua dan juga ipar duai. Jangan menyendiri atau mengasingkan diri anda di dalam bilik. Ini akan menyebabkan mertua dan ipar duai berasa serba salah dengan tindakan anda itu. Jangan nanti anda di cop sebagai menantu sombong pula ye…

6) Elakkan sering berkepit dengan suami

Ini selalu berlaku kepada pengantin-pengantin baru. Keluarga mertua mungkin boleh menerima jika anda baru sahaja bergelar pengantin baru. Elakkan berkepit dan tunjuk manja dengan suami anda setiap saat. Ini akan membuatkan keluarga mertua berasa tidak selesa dan menganggap anda menjengkelkan. Jadi, jagalah perangai anda ok!

7) Jangan marah suami depan mertua

Walau di mana anda berada, si suami akan berasa tercabar bila anda memarahinya di khalayak ramai. Lebih-lebih lagi dihadapan ibu bapanya. Jaga aib suami anda. Walau seteruk mana pun anda marah dengan suami, bersabarlah dan berbincang di tempat yang lebih sesuai.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart