Hilangkan lingkaran hitam bawah mata sebelum majlis pernikahan. Cuba 4 jenis krim mata paling ‘wow’ ini

Memakai krim mata tidak sepenting tiga langkah asas penjagaan wajah. Namun anda perlu ingat, dari mata turun ke hati. Benda pertama yang orang akan lihat saat bertemu ialah mata dan kecantikan mata juga menjadi ukuran. Garisan halus, lingkaran gelap bawah mata dan mata sembab adalah mimpi ngeri bagi setiap wanita. Mungkin mekap boleh membantu tapi sejauh mana?

Hendak dapatkan solekan mata yang cantik dan flawless juga memerlukan penjagaan kulit mata yang rapi. Anda kena faham, kulit bawah mata sangat nipis serta mengandungi banyak saluran darah. Jadi ia mudah terdedah dengan kerosakan. Dapatkan bantuan dengan krim mata yang sememangnya menjadi dari pendapat penulis. Ya, penulis sudah cuba kelima-lima eye creamdibawah. 

#1 Innisfree Green Tea Seed Eye & Face Ball

Kami paling recommend yang ini sebab bukan pada mata sahaja boleh guna tapi di garisan senyum dan dahi! Ekstra daun teh hijau menghidrasi kulit dan membekalkan antioksida supaya dapat memperbaiki garisan halus. Selepas menyapu memang terasa segar sahaja mata. 

#2 Laneige Perfect Renew Eye Serum

Dalam dua minggu garisan halus bawah mata sedikit berkurang dengan serum ini. Mengandungi air halia yang bertujuan bertindak sebagai anti-penuaan dan minyak pati lavender untuk menghaluskan bawah kulit. Anda boleh pakai serum ini diseluruh mata. Apa yang paling kami suka tentang serum ini ia cepat meresap dan sesuai untuk prep sebelum solekan mata. 

#3 It Cosmetics Bye Bye Under Eye Brightening Eye Cream

Tekstur agak pekat membuatkan ia memberi kesan hidrasi yang perpanjangan dari biasa. Krim mata dari It Cosmetics ini mengandungi kolagen dan ekstra kafein membantu untuk mengembalikan keremajaan kulit bawah mata. Kalau siapa yang ada masalah lingkaran gelap bawah mata boleh cuba krim ini kerana ia mempunyai warna biru khas sebagai menyembunyikan warna gelap bawah mata. 

#4 Hada Labo Super Hyaluronic Acid Eye Cream

Seperti yang kita tahu produk dari Hada Labo memang terkenal dengan kandungan Hyalurinoc Acid sebagai asas pelembab yang menyerap jauh kedalam kulit. Sama seperti krim mata yang lain ia mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, sembab dan paling penting ia tidak memberi kesan iritasi pada kulit. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif cuba guna krim mata ini. Ia bebas dari pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewangi. 

Kalau anda ingin mencuba produk selain produk diatas pun tidak mengapa. Asalkan anda faham konsep untuk mendapatkan kulit yang berseri, tanpa garisan halus ialah dengan memberi ia hidrasi yang secukupnya. Sama juga dengan kulit bawah mata, berikan ia esen pelembab tapi dengan produk yang tepat. 

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top