Hidup rumah tangga ada pasang surut, ini 4 fasa perkahwinan setiap orang perlu lalui

Rahsia dan tips perkahwinan bahagia seringkali menjadi persoalan besar dalam kehidupan suami isteri. Padahal, semua itu boleh diperolehi dengan melakukan perkara yang mudah.

Ia seperti sentiasa mengucapkan terima kasih pada pasangan atau meraikan pencapaian yang diraihnya dalam hari-hari yang dilalui.

Antara fasa-fasa dalam perkahwinan.

Fasa 1: 5 tahun pertama perkahwinan
Tempoh ini, waktu nak kenal betul-betul dengan pasangan kita. Walaupun dah bercinta bertahun pun tapi bila hidup sebumbung, sebantal dan sekatil, masa tu lah baru kenal buruk baik pasangan. Tiada lagi istilah kentut bau wangi masa ni. Masa ni juga nak belajar serba serbi. Hidup ada anak dan bahagikan masa. Mula kehidupan sendiri dan sebagainya. Memang mencabar untuk fasa ini, tapi yang penting, sabar dan terus sabar.. Letakkan Allah sebagai penolong sebaiknya.

Fasa 2: Usia perkahwinan 5- 10 tahun
Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Ramai yang sudah malas merajuk pada fasa ini. Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.


Fasa 3: Usia perkahwinan 10- 15 tahun
Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.

Ada yang mula rasa bosan dan mengenali orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4: Usia perkahwinan 15-20 tahun
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.

Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Setiap fasa perkahwinan ada cabaran yang tersendiri. Kekuatan iman, ilmu dan amal jadi benteng segalanya.. Sentiasa tawakal, usaha dan doa agar rumahtangga kekal bahagia. Yang penting, matlamat utama masa mula kahwin tu penting. InshaAllah, jika matlamat betul, Allah akan bantu untuk pelihara rumahtangga.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top