Fakta! Kenapa perlu ada bunga tangan semasa majlis kahwin anda?

Perlu ke tak perlu bunga tangan ya? Kami beri anda 5 sebab anda perlu ada bunga tangan.

#1: Bila lagi anda boleh pegang bunga kesukaan anda tanpa dipandang pelik orang ramai

Yes, andalah ratu pada hari bahagia ini. Anda nak pegang orked pun boleh, anda nak pegang daisi pun boleh, anda nak pegang bunga apa pun boleh. Anda boleh pegang satu hari. Tak rimas pun. Kalau nak tunggu pasangan bagi macam kena tunggu hari istimewa atau mungkin tak akan dapat pun. And…tiada siapa boleh kritik, sebab andalah ratu pada hari perkahwinan anda.

#2: Buat anda rasa lebih istimewa

Mana ada orang lain boleh pegang bunga macam anda di majlis anda. Anda seorang je boleh. Spotlight memang pada anda seorang saja. Dan bunga tangan itu antara faktor yang menyumbang. Hiks.

#3: Boleh ‘cover’ perut

Anda ada sedikit buncitan yang tak sempat nak hilang sebelum majlis anda berlangsung? Jangan risau, bunga tangan anda boleh selamatkan anda. Masa bergambar nanti, gunakan bunga tangan anda untuk sebagai prop untuk tutup sedikit perut anda. Nah, seakarang anda boleh bergambar dengan penuh confident.

4: Tiara, veil dan bunga tangan

3 elemen penting untuk pengantin yang tak boleh lari adalah – tiara, veil dan bunga tangan. Tapi zaman sekarang ramai pengantin yang suka ringkas sahaja. Ada yang pilih untuk tidak mengenakan tiara dan veil. Tapi ramai yang tetap memilih untuk memegang bunga tangan di majlis mereka.

#5: You deserve it!

Kalau ada yang beritahu anda, bunga tangan itu membazir dan sebagainya, suruh dia duduk tepi diam-diam. You deserve this, girl! Penat-penat anda rancang majlis anda, bersenam, tahan makan supaya kurus, tak beli barang mekap mahal untuk lebih setahun sebab mahu simpan duit untuk majlis perkahwinan, at least ini adalah cara untuk anda reward sikit diri anda. Kalau anda mahu bunga tangan, dapatkannya! Kalau nak murah sikit, anda beli bunga dan gubah sendiri sahaja. Hah, sekarang dah tiada alasan dah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart