Elak jadi isteri ‘Queen Control’, barulah suami sayang

Hidup berumah tangga sudah pasti inginkan bahagia. Adat dan lumrah kalau ada bertengkar atau bergaduh kecil. Semuanya untuk mengajar suami dan isteri bersabar dengan kerenah masing-masing.

Memperbaiki kesilapan adalah kunci hidup rumah tangga yang bahagia.

Perkahwinan merupakan kewajipan bagi sesiapa yang mampu. Ianya dimestikan bagi mengelakkan maksiat dan menambah umat Nabi Muhammad.

Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Yelah, bukan kehidupan namanya jika tiada dugaan. Ini kerana dugaanlah yang mematangkan dan mendidik kita mengharungi kehidupan.

Bukan suami sahaja yang perlu mengawal sikap dan perangai buruk tetapi isteri juga memainkan peranan penting. Salah satu perangai buruk isteri yang lazimnya menjadi perosak rumah tangga adalah sikap Queen Control. Satu barah yang mampu meruntuhkan rumah tangga dan merosakkan hubungan baik suami isteri.

Kami senaraikan 5 sikap yang mampu meruntuhkan rumah tangga jika tidak dikawal.

Berbelanja lebih dari kemampuan

Orang tua ada berpesan, bila berbelanja ikutlah kemampuan diri. Jangan berbelanja diluar kemampuan hanya semata-mata menunjuk pada orang luar. Makan diri akibatnya.

Isteri yang suka merungut tidak cukup itu ini, kehidupan tidak semewah orang lain menyebakan suami berasa tertekan dan lama-kelamaan menjadi punca bosan dengan si isteri dan akhirnya memilih penceraian sebagai jalan terakhir.

Sentiasa berfikiran negatif

Perangai isteri yang seringkali mencari salah suami. Pantang suami keluar dari rumah hatta ke pejabat sekalipun, si isteri kerap berfikir negatif dan membuat tuduhan tanpa asas adalah satu perkara buruk dalam rumah tangga.

Suami akan berada dalam keadaan tertekan dan gagal mengawal emosi. Akhirnya, terpaksa naik tangan sebagai mengajar si isteri tadi. Ini membawa kepada perselisihan faham antara suami isteri.

Mengutamakan perkara lain lebih dari suami

Sikap isteri yang lebih mengutamakan orang luar dari suami sendiri. Mereka seolah-olah membuatkan suami seperti tidak wujud dan lebih teruk lagi jika lebih mendengar cakap orang luar dari suaminya sendiri.

Ini adalah perangai buruk yang menyumbang kepada rosaknya rumah tangga. Sikap sebegini yang mengenepikan suami dalam pelbagai sudut menjadikan suami berasa keseorangan dan menganggap dirinya tiada fungsi dalam keluarga. Wahai isteri, elakkan perangai sebegini.

Kurang sentuhan dan belaian

Lelaki gemar di sentuh dan dibelai. Jika ajakan untuk hubungan intim sering di tolak, ia sebenarnya melukakan hati mereka. Malahan dalam islam sendiri telah menetapkan kewajipan seorang isteri memenuhi permintaan batin suaminya.


Selain dari itu, hubungan intim tidak sewajarnya dijadikan alat untuk mengongkong suami. Sebaliknya ia boleh dijadikan senjata untuk para isteri lebih dekat dengan suami.


Rasa diperlukan, disayangi dan dihargai oleh insan yang dicintai, suami yang romantis yang ingin berkongsi detik intimasi, sesuatu yang sangat peribadi dan penting hanya dengan anda, pastinya menusuk jauh ke dasar hati.


Walaupun ada kala penat dengan tugas harian dan bebanan kerja, hubungan intim sebenarnya mampu memberi kelegaan mental.

Tidak berterus terang

Sikap isteri yang kerap berahsia dan melakukan sesuatu diluar pengetahuan suami adalah salah satu punca perselisihan faham. Suami akan merasa dirinya tiada fungsi dan akan menganggap si isteri seolah-olah mempunyai hubungan lain diluar.

Usah buang masa anda dengan memberikan bahasa isyarat yang langsung suami tak faham. Berterus terang saja dan katakan apa yang anda mahu – straigt to the point. Jika di tanya apa yang tak kena? Usah sesekali menjawab “tak de apa-apa” dan kemudian mengharapkan suami anda dapat meneka kenapa anda merajuk. Memang dia akan ‘fail’. Berterus terang saja.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top