Doktor ini kongsi cara hilangkan rasa pijar pada tangan selepas memotong cili

Sering kita dengar petua menghilangkan rasa pijar selepas memotong cili adalah merendam dan meramas tangan dalam beras atau cuci dengan minyak masak, garam, tepung gandum, minyak kapak, susu, cuka atau asam jawa.


Tapi, persoalannnya betul ke tindakan tersebut memberi kesan atau itu hanyalah mitos semata?

Jom kita lihat penjelasan ringkas dari Pensyarah Kanan Institut Atta-ur-Rahman UITM, Dr. Fatimah Salim

Menurutnya, punca rasa pijar disebabkan oleh bahan kimia semulajadi yang ada dalam cili iaitu capsaicin. Bahan kimia ini jugalah yang memberikan rasa pedas pada cili.


Untuk pengetahuan anda juga, capsaicin mempunyai ekor panjang yang bersifat hydrophobic (tidak memggemari air) yang membolehkannya larut dalam minyak, lemak atau larutan organik.

Semasa proses memotong cili, bahan kimia ini akan terbebas dan membuat ikatan dengan tisu kulit kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana pada kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pijar ‘burning sensation’,”

Maka boleh disimpulkan bahawa petua-petua tersebut adalah lebih kepada memisahkan kimia capsaicin dari tisu kulit.


Kesimpulannya, rasa pijar boleh dihilangkan dengan…

  1. Menggunakan minyak masak disertai dengan sabun cuci.
  2. Menggunakan beras, tepung, rendaman dengan susu (mengandungi lemak protein casein yang boleh melarutkan capsaicin)
  3. Garam dan asam jawa (menukarkan capsaicin kepada komponen yang larut air) yang mana disertai dengan sabun cuci. Selamat mencuba!
Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top