Comelnya! Bersanding dengan baju sekolah, nyanyi lagu Negaraku

Pelbagai cara masyarakat zaman sekarang ni inginkan kelainan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit dan ada juga yang hanya guna pakai apa sahaja asalkan majlis tetap meriah dengan keluarga dan tetamu.

Bagi pasangan pengantin Nurul Qhairyana dan suaminya Mohd. Fardaus Abd Majid memilih uniform sekolah sebagai pakaian bersanding memberi satu keunikan. Ini kerana, tambah unik apabila ahli keluarga juga turut menggayakan uniform sekolah menjadikan rombongan pengantin nampak sedondon.

Agak comel apabila dilihat makcik-makcik dan pakcik-pakcik berpakaian uniform pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, uniform sekolah rendah dan sekolah menengah.

Idea menggayakan uniform sekolah datang dari pengantin perempuan dan pada awalnya kurang dipersetujui oleh pengantin lelaki.

“Saya dan suami sebenarnya rakan sekolah ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 dan kembali bertemu pada Ramadan lalu selepas sudah terpisah lebih 10 tahun sebelum ini.

“Suami kurang bersetuju kerana nak memakai persalinan songket, tapi selepas dipujuk dia bersetuju dan kami buat keputusan selepas makan beradab baru kami bertukar pakai songket,” katanya.

Lebih menarik, lagu Negaraku juga turut dipasang ketika pengantin tiba untuk berarak.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top