Bukan mudah bina kepercayaan pasangan, ini 5 tanda isteri kurang stress dengan suami

Perkahwinan memerlukan tahap kesabaran yg tinggi. Benar bagai dikata.

Awal percintaan semuanya manis belaka. Salah macam mana pun tetap ada maaf padanya. Lepas kahwin baru nampak belangnya. Silap kecik pun boleh sampai tinggi suara.

Perkahwinan tanpa ilmu, ibarat daun yg kering. Perkahwinan diisi ilmu, ianya menjadi dahan subur. Bukan sahaja bagus utk diri senndiri malah
bermanfaat pada orang lain.

Tiada manusia tak pernah buat silap. Tiada manusia teringin nak buat salah. Diri sendiri pun ada je buat silap. Jadilah pemaaf selesai masalah.

5 Tanda Isteri Kurang Stress

1. Selalu tersenyum di depan suami

– Isteri yang kurang stress akan membuat Microexpression pada wajahnya yang menunjukkan bahawa dia selalu tersenyum

– Inilah antara rahsia bagaimana seorang wanita tu boleh kelihatan cantik di mata suaminya

2. Tak boleh berenggang dengan suami

– Isteri yang kurang stress akan lebih mudah mengekspresikan rasa cinta pada pasangannya

– Salah satu ekspresi rasa cinta ( Expression of Love) yang paling mudah ditonjolkan adalah Physical Touch. Tu yang isteri jadi asyik nak dakap dan peluk je setiap masa

3. Kata-katanya bernada rendah

– Isteri yang kurang stress akan terjaga fikirannya daripada Negative Thinking

– Bila Negative Thinkingnya berkurang, Self Talk dalamannya pun akan mula menjadi positive. Bila self talk dah mula positive maka apa yang keluar daripada mulutnya pun akan menjadi positive

– Inilah rahsia bagaimana seorang wanita boleh menjadi penyejuk hati si suami kerana semua yang diucapkan oleh si isteri itu tadi semuanya ucapan positif dan hati yang mendengar pun akan turut merasai positivity

4. Dia akan mudah menurut arahan

– Friction will always cause resistance

– Bila kurang stress, maka berkuranglah juga resistance dalam hati isteri. Bila hati dah mula jernih dan kurang serabut maka mudah jinaklah hati si isteri

5. Dia jarang marah anak anak

– Kebanyakan kemarahan yang dituangkan pada anak ni datangnya daripada kemarahan kepada pasangan sebenarnya

– Ramai tak tahu sebab mereka sendiri pendam benda tu dan sampai masanya kemarahan yang dipendam tu tadi akan dilampias pada anak anaknya sendiri tanpa disedari

– Jadi, nak bahagiakan anak anak? Cara pertama adalah bahagiakan dulu ibu kepada anak anak kita

– Ingat, ibu yang bahagia akan mudah membahagiakan. Manakala, ibu yang derita dan sengsara, akan mudah melampiaskan

Sebarkan ilmu ni pada keluarga kita yang lain ya. InsyaAllah ilmu ini mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama lamanya

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart