Bila ‘pasangan Grabfood’ bertemu jodoh, tema kahwin pun Grabfood juga

Cinta tak kenal siapa!

Dari berkeja di lapangan yang sama, akhirnya bertemu jodoh.

Nur Atiqah dan Mohd Afandi telah bertemu cinta semasa masing-masing bekerja secara sambilan sebagai pengendali makanan untuk GrabFood.

Dalam satu posting di laman Facebook milik Atiqah, dia telah mengungkapkan rasa kesyukurannya bertemu jodoh dengan Affandi.


“Untuk penghujung tahun 2018 ini, impian aku direalisasikan. Penat lelah berpanas, berhujan dan (akhirnya) bertemu jodoh dalam satu cabang yang sama. Walaupun GrabFood ada naik turunya, (namun) cinta kami tetap utuh,” kata Atiqah.

Sebagai satu penghormatan kepada syarikat pengedaran makanan tersebut, pasangan itu telah menjadikan foto perkahwinan mereka bertemakan GrabFood


Gambar-gambar tersebut telah dirakamkan dan merupakan idea asal jurugambar profesional, thehayat.co.

Jom tengok gambar-gambar menarik mereka.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top