Baru tahu…ini sebab kenapa lelaki tak suka pakai cincin kahwin

Macam mana kita nak tahu sama ada lelaki itu sudah berkahwin ataupun belum? Selalunya dengan melihat jari mereka, ada cincin kahwin atau tidak. Selepas melafazkan akad nikah, pasangan akan saling memakaikan cincin ke jari manis.

Tapi, jika dibandingkan antara lelaki dan wanita, lelaki lebih banyak dilihat tidak memakai cincin kahwin mereka. Apa sebabnya mereka tidak memakai cincin kahwin tersebut?

Jadi ini mungkin beberapa sebab kenapa lelaki tidak memakai cincin kahwin mereka.

1. Lupa

Bukan bererti lelaki itu lupa yang dia sudah pun berkahwin. Bagi lelaki apa yang penting adalah perkahwinan itu sendiri dan bukannya cincin. Apabila seorang lelaki sudah berkahwin, 43% dari hidupnya sudah terikat dengan kehidupan baru bersama isteri.

2. Tidak Mahu Tunjuk Dia Sudah Berkahwin

Ada juga lelaki yang tidak suka menunjuk bahawa dia sudah berkahwin. Bukan kerana mereka nak tunjuk single. Kadang-kadang yang selalu pakai cincin kahwin tu la yang akan curang. Tapi bukan semua maksud kami, segelintir sahaja.

3. Anggap Ianya Hanya Sebuah Cincin

Pada awal perkahwinan mungkin lelaki menganggap cincin adalah segalanya. Bagi mereka cincin adalah lambang cinta bersama isteri. Tetapi semakin lama, apa yang penting bagi mereka ialah isteri dan bukannya cincin.

4. Takut Isteri Akan Cedera

Ini mungkin jadi sebab kenapa lelaki tidak pakai cincin kahwin. Mereka takut jika cincin tersebut akan buatkan pasangan mereka cedera ketika dipeluk atau mungkin buat wajah terluka ketika diusap.

5. Takut Cincin Hilang

Ini mesti selalu dijadikan alasan oleh setiap lelaki. Bukan kerana tak nak pakai cincin kahwin, tapi kerana ianya terlalu berharga dan takut hilang jika tidak dijaga dengan baik.

6. Tidak Muat

Haha.. ini juga boleh jadi sebab. Masa kahwin badan kurus je sebab tak makan kerana nak berjimat untuk kahwin. Tapi bila dah kahwin, isteri masak sedap-sedap, memang naik la badan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top