Bakal pengantin Kedah tak perlu hadir kursus perkahwinan, hanya temuduga sahaja

Bakal pengantin tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebaliknya hanya perlu ditemuduga sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing.


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memberi kelonggaran itu kepada calon suami dan isteri berikutan kursus pra perkahwinan tidak dapat diadakan akibat pandemik Covid-19.

Pasangan ditemuduga juga tidak dikenakan sebarang yuran dan proses itu dijangka mengambil masa kira-kira 15 minit bagi memudahkan bakal pengantin.

Kursus pra perkahwinan selalunya mengambil masa enam jam dan bakal pengantin perlu menghadiri kelas dianjurkan oleh pihak yang diberi kelulusan sebelum sijil kursus dikeluarkan, jadi ketika PKPB kursus ini tak dapat diadakan.


Bagi calon yang belum mengikuti kursus ini dan mahu bernikah ketika PKPB, maka mereka akan ditemuduga ringkas seperti hanya diminta untuk mengucap syahadah dan beristighfar sebelum akad nikah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top