5 tips nak nampak kurus dan langsing untuk wanita bersaiz XXXL

Jika diamati rata-rata wanita pasti menguntumkan senyuman manis tatkala dipuji tampak langsing.

Lebih mengujakan apabila langsing itu bukan kerana fizikal sebenar tetapi dibantu pemilihan busana yang menyuntik siluet kurus.

Menurut perunding imej, Syaheerah Hanis, teknik pemilihan desain baju memainkan peranan bagi mendapatkan ilusi kurus.

“Justeru, para wanita harus memahami bentuk badan terlebih dahulu.“Pada masa sama, mengenal pasti bahagian badan yang enggan ditonjolkan dalam bahasa mudah ‘ingin disembuyikan’,” tulisnya dalam satu perkongsian menerusi laman sosial Facebook @Syeera Hanis.

Bicara beliau, Sherry Alhadad misalnya, antara selebriti berbadan gempal yang bijak memilih rekaan, warna dan corak busana agar penampilan kelihatan kurus.

Oleh demikian, bagi membantu golongan wanita mencipta ilusi kurus menerusi pakaian bersama segmen Sihat Cantik beliau berkongsi mudah dipraktikkan.

Antaranya ialah:

1. Pemilihan warna senada membantu memberikan ilusi kurus.

2. Pilih tekstur atau fabrik bersifat berat yang membuatkan desain berpaksi ke bawah.

3. Penggunaan tali dan corak berunsur geometri (bersudut) membantu menyeimbangkan ketinggian dan bentuk badan.

4. Penggunaan aksesori bersudut dan berjuntai ringkas juga melengkapkan gaya ilusi kurus.

5. Teknik pose ketika bergambar salah satu tip menampakkan penampilan kelihatan lebih tinggi dan seimbang.

“Kesimpulannya, individu berbadan gempal, elak memakai pakaian bercorak dan bintik polka bersaiz besar dan tiada sudut.

“Selain itu, tidak digalakkan menyarungkan pakaian berasaskan material keras dan sukar dibentuk kerana badan akan tampak lebih besar,” terangnya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart