5 lokasi sekitar KL paling cun untuk photoshot kahwin, sangat Insta-worthy!

Zaman sekarang ini jaranglah ada orang yang ambil gambar versi dalam studio. Semuanya akan upload gambar versi outdoor di laman sosial masing-masing. Bermacam lokasi, bermacam gaya. Sebagai salah sebuah lokasi pelancongan menarik di Malaysia, di sekitar Lembah Klang sendiri sangat banyak lokasi yang cantik. Sesuai untuk anda yang kaki upload gambar atau mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan.


Sudahlah dekat, pemandangannya pun sangat Insta-worthy! Tak adalah gambar anda dan anak-anak asyik dekat laman belakang rumah atau sign board nama tempat. Jom tengok apakah 5 lokasi terbaik untuk ambil gambar cadangan kami.

Taman Eko Rimba


Satu-satunya hutan simpan di tengah banda Kuala Lumpur. Boleh dikatakan hidden gem bagi anda yang cintakan ketenangan dan kedamaian. Kalau anda ke sini, anda akan menemui jambatan gantung sejauh 200m. Sangat sesuai kalau anda nak hirup udara segar sambil ambil gambar berlatarkan kehijauan alam.

Astaka Morocco


Nampak macam anda tengah tengah travel ke negara timur tengah. Namun rupanya, anda berada di Putajaya sahaja. Astaka Morocco terletak di Presint 1 dan menampilkan ciri-ciri seni bina Maghribi seperti yang terdapat di Morocco dan Sepanyol. Kalau anda tak ada idea dekat mana nak ambil gambar OOTD raya misalnya, inilah tempat yang sesuai.

Batu Caves


Kalau dulu Batu Caves terkenal dengan monyet-monyet yang garang. Jangan risau! Kini 272 anak tangga yang menuju ke kuil di dalam gua kini dicat dengan pelbagai warna dah macam pelangi pula. Sesuailah kalau anda nak rasa ambil gambar berlatarkan suasana penuh ceria.

Changkat Bukit Bintang


Kalau anda nak cari gambar yang ada unsur seni, Changkat Bukit Bintang adalah tempat yang sesuai. Nak pergi guna pengangkutan awam pun senang. Anda hanya perlu naik MRT sahaja. Biasanya anak muda sukalah tempat sebegini. Hipster kata mereka.

Tamarind Square, Cyberjaya


Kalau anda sukakan lokasi yang sedikit rustic dan hipster, Tamarind Square yang terletak di Cyberjaya tempat yang paling sesuai untuk anda bergambar. Sesuai untuk anda yang suka bergaya ranggi, elemen batu bata merah, dinding simen dan daun-daun dinding yang berjuntaian, Tamarind Square sangat sesuai untuk lokasi OOTD atau mungkin untuk photoshoot pra-perkahwinan.

Lepas ini bolehlah pergi ke lokasi yang kami cadangkan ini dan ambil gambar sepuasnya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top