5 Idea lokasi perkahwinan lain dari lain konsep melayu

Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang, maklum sahajalah, kita ini kalau boleh ingin berkahwin sekali sahaja seumur hidup.

Dalam pada itu, bakal pengantin sering tercari-cari di manakah lokasi terbaik yang boleh dijadikan tempat untuk mengadakan resepsi bagi mengumpul seluruh kaum keluarga dan kenalan untuk sama-sama meraikan hari bahagia itu. 

Tambahan pula orang zaman sekarang yang suka bergambar, merakam detik indah untuk dikongsikan sesama sendiri di samping disimpan sebagai memori istimewa, pengantin semestinya harus bijak menetapkan lokasi terbaik membolehkan semua orang bergembira. Oh ya, keselesaan para tetamu juga harus diutamakan.

Di sini kami senaraikan 5 lokasi terbaik yang boleh dimanfaatkan semua demi mengecapi perkahwinan impian anda.

1. Taman Botani Negara, Shah Alam

Pernah viral kerana menjadi lokasi bagi sebuah majlis resepsi ala Sultan Melaka.

Lokasi dalam taman yang ini menarik kerana ia turut dihiasi bangunan berseni ala rumah Melayu lama, pasti versatile andai dijadikan lokasi bagi resepsi yang bertemakan tradisional.

Alamat: : Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam

Nombor Telefon: 03-5510 7048 

Laman Web: [www.tbnsa.gov.my]

2. Rumah Citra Kasih, Melaka

Bertempat di Ayer Keroh Melaka, rumah tumpangan ini saling tak tumpah seperti replika istana Sultan Melaka kan?

Jika anda atau pasangan adalah orang Melaka, apa kata anjurkan majlis resepsi anda di sini. Alang-alang buat kerja kahwin, boleh terus menginap di sini bersama keluarga besar anda. 

Persekitarannya juga moden dan luas, sesuai untuk memuatkan mungkin hingga 300 tetamu dalam satu-satu masa.

Alamat: Rumah Citra Kasih, Bandar Hijau, Kota Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh 75450, Melaka

Nombor Telefon: 06-2311822 / 402 / 502 / 602

Laman Web: [www.yayasanmelaka.gov.my/citrakasih]

Facebook: [www.facebook.com/RumahCitraKasih]

3. Anggerik Agro Farm, Hulu Langat

Siapa tahu rupanya banyak lokasi perkahwinan menarik yang ada di Hulu Langat ini.

Ditemani kicauan burung, kolam ikan serta bunyi-bunyian ayam yang ada di ladang berdekatan, lokasi rumah tumpangan ala kampung ini cukup untuk menampung tetamu yang ramai dengan selesa. Selain luas, ianya juga dilengkapi dengan pakej katering berserta segala kelengkapan ideal lain untuk keselesaan semua pihak. Ini termasuklah bilik, ruang tamu, tanah lapang di hadapan rumah serta pondok surau di bahagian luar rumah.

Alamat: Beranda Kasih, Lot 477, Batu 14 1/2, Jalan Sungai Semungkis, Hulu Langat

Nombor Telefon:

Laman Web: [anggerik-agro-farm.blogspot.my]

4. A-Park, Puchong

Sesuai buat mereka yang impikan perkahwinan ala Inggeris dalam taman, lokasi ini boleh dimanfaat untuk majlis resepsi di waktu pagi dan malam namun caj yang dikenakan adalah bergantung pada waktu dan servis yang digunakan.

Persekitaran rumah tumpangan ini adalah menarik, juga dilengkapi tasik yang membuatkan landskapnya bertambah indah dan pastinya berfungsi untuk menjadi latar terbaik foto-foto kenangan.

Alamat: 3275, Jalan Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, Selangor 47100, Puchong

Nombor Telefon: 016-381 5588

Laman Web: [a-park.my]

Facebook: [www.facebook.com/A-Park-183473061841353]

5. Villa Warisan J.A, Johor

Dari luar nampak seperti banglo atau lebih jelas adalah sebuah rumah klasik yang besar dan luas dipenuhi ukiran artistik menyerlahkan kesenian melayu nan indah.

Apa yang orang tidak tahu, bangunan ini sebenarnya adalah sebuah hotel butik yang menawarkan ruangan untuk disewa bagi penganjuran resepsi baut si mempelai.

Hiasan dalamannya sungguh menarik, turut disediakan tempat beribadat seperti surau, kolam renang, beranda untuk melihat pemandangan nyaman pepohon hijau serta ruangan khas untuk bersantap.

Sesuai buat mereka yang mahukan resepsi berkonsepkan melayu asli.

Alamat: No. 88, Jalan Abdul Rahman Andak, 80000, Johor Bahru

Nombor Telefon: 07-22288333

Laman Web: [http://villa-warisan-ja.blogspot.my/]

Facebook: [www.facebook.com/VillaWarisanJA]

Kami memang sengaja pilihbanyak venue berkonsepkan ala Melayu yang ramai orang belum tahu.

Bukankah kita orang Melayu? Jadi kenapa harus kita lari daripada identiti kebangsaan kita yang sebenar.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top